Kerajaan Negeri Selangor membuat rombakan kecil dalam pentadbirannya dengan portfolio Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam diambil alih oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Ketika mengumumkan demikian hari ini, Abdul Khalid berkata, portfolio Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan negeri pula disandang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Langat, Dr. Ahmad Yunus Hairi.
Dr. Ahmad Yunus, 47, berkelulusan Ijazah Perubatan dan Pembedahan dari Universiti Malaya, menggantikan Datuk Dr. Hasan Ali, yang dipecat dari Pas pada 8 Januari lepas.
Hasan sebelum ini merupakan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor.
Abdul Khalid berkata, Dr. Ahmad Yunus dilantik memegang portfolio itu kerana beliau pernah menjadi pembantu exco untuk portfolio Belia dan Sukan sebelum ini.
Portfolio ini dipegang oleh Menteri Besar. - BERNAMA
TQGAP
Post a Comment