10 BUDAK ITAM TERPERANGKAP DI ANTARA PRESIDEN PAS & MURSYIDUL AM
DI KALANGAN ahli PAS masih berteka-teki, masih risau dan masih memendam rasa kepada Presiden PAS kerana tidak berupaya menjelaskan di sebalik teka-teki United Goverment. Percakaran Dr. Hassan Ali dengan Mustapha Ali baru-baru ini membayangkan rahsia-rahsia besar masih tidak didedahkan. Walaupun kumpulan-kumpulan ini semakin jelas, kecuali kumpulan 10 budak itam yang disenaraikan di sini
http://tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=29223.
Kenapa orang kuat Presiden PAS yang dipinggirkan (dipinggirkan oleh partinya, tetapi tidak dipinggirkan oleh Presiden PAS), masih bercakap isu masa dalam hal hendak merapatkan mendekatkan dan seterusnya menyatukan UMNO-PAS?
Kenapa Datuk Dr Hassan Ali yang dibuang (dibuang oleh partinya, tetapi tidak dibuang oleh Presiden PAS), masih bercakap isu mempertahankan Raja-Raja Melayu dan bangsa Melayu dan sudah tentunya Islam ? Bukankah itu trademark UMNO?
Mengapa Sasterawan Negara Shahnon Ahmad, bercakap jalinan PAS-DAP merupakan satu kesilapan besar? Mengapa bercakap sekarang, mengapa bukan dahulu? Adakah baru sedar?
Dr. Hassan Ali pun bercaklap nada yang sama yakni wujudnya Parasit dalam PAS? Kenapa sebut sekarang kenapa bukan dahulu?
Soalan yang lebih besar, siapa yang remute control mereka? Tak kanlah Mursyidul Am? So, siapa?
Bersambung...jawab dahulu soalan-soalan di atas?
Post a Comment