Hasan Ali sahkan didalam PAS terdapat lebih 70 peratus khawarij yang menguasai parti PAS. Beliau sifatkan khawarij ini adalah parasit yang merosakkan PAS dari dalam.
Dalam ceramah beliau di program Bicara Memurnikan Akidah Ummah di Dewan Majlis Perbandaran Klang, Meru, semalam beliau memperlekehkan parti khawarij kerana menggangap PAS adalah agama. Ternyata kesesatan PAS sekarang sudah terlalu jauh menyimpang dari landasan dan merosakkan akidah.
Sebab itulah kebelakangan ini kita dapat melihat bagaimana khawarij PAS mengangkat Nik Aziz setaraf dengan nabi dan didewakan sebagai keramat hidup.
Apa yang pemimpin khawarij PAS cakap akan dianggap sebagai fatwa.Jika segala macam perbuatan DAP dihalalkan maka seluruh khawarij PAS akan menyokong tanpa banyak soal.
Adalah tidak mengejutkan apabila ultra kiasu chauvanis rasis DAP menghina umat Islam,agama Islam dan Al-quran ,puak khawarij akan bertakbir menyokong,
Sesetengah pihak yang taksub di dalam Pas sengaja menyamakan parti itu sebagai sebuah agama supaya ia dapat diletakkan dalam jajaran hati manusia.TQ PISAU.NET
Beliau berkata, dengan cara itu ia akan membuatkan pengikutnya bersikap fanatik serta takut untuk berbeza pendapat dengan pemimpin mereka kerana khuatir tindakan itu boleh membuatkannya terkeluar daripada agama.“Pas hanyalah sebuah parti politik dan dakwaan yang mengatakan Pas setaraf dengan agama hanyalah sebagai usaha menjadikan pengikutnya sebagai fanatik kepada parti dan sekali gus takut untuk berbeza pendapat dengan ketua mereka kerana bimbang akan terkeluar daripada ajaran agama Islam.-Hasan Ali-Utusan
TAZKIRAH GITAR KARAN !!
DENGAR TANPA LALAI !;
Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (al-Quran) yang mengesahkan benarnya Kitab yang ada pada kamu dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan ia dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayat-Ku (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa.” (Surah al-Baqarah 41)
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).
- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
GAMBAR HIASE
Post a Comment