Home »
» DARI BLOG SAIFUL !! DIA HANTAR RAYUAN RASMI KEPADA GHANI PATAIL !! SUSAH SANGAT KE NAK BUAT RAYUAN !! HAK SAIFUL WAJAR MERAYU !!
DARI BLOG SAIFUL !! DIA HANTAR RAYUAN RASMI KEPADA GHANI PATAIL !! SUSAH SANGAT KE NAK BUAT RAYUAN !! HAK SAIFUL WAJAR MERAYU !!
Written By AAKJ on Friday, January 20, 2012 | 6:07 AM
Dari Blog Saiful Bukhari:
Assalammualaikum,
Untuk makluman semua, semalam, peguam saya Tetuan Zamri Idrus & Co telah menghantar sepucuk surat rasmi bagi pihak saya kepada YBhg Tan Sri Abd Ghani Patail, Peguam Negara, memohon beliau untuk memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Rayuan ke atas keputusan yang di buat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9hb Januari 2012.
Saya terpaksa mengutus sepucuk surat rasmi ini kerana sehingga ke hari ini tiada maklum balas terhadap permohonan terbuka saya dan bapa dari YBhg Tan Sri sama ada beliau akan memfailkan rayuan atau tidak. Masa juga semakin suntuk.
Rayuan ini penting kerana ia membabitkan maruah dan masa depan saya.
Jika saya berhak memfailkan rayuan itu sendiri, saya akan berbuat demikian tanpa menyusahkan individu lain. Namun kuasa mutlak untuk memfailkan rayuan, hanya terletak ditangan Peguam Negara.
Pada hemat saya, saya hanya menuntut hak saya sebagai warganegara Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dimana setiap aduan itu berhak didengar dan diadili sehingga ke peringkat Mahkamah Tertinggi.
Saya berdoa agar Peguam Negara mempertimbangkan permohonan saya ini.
Terima kasih saya ucapkan pada rakan-rakan dan semua pihak yang mendoakan dan menyokong saya untuk permohonan rayuan ini.
Saya akan terus berdoa, sabar dan istiqamah.
SAIFUL BUKHARI AZLAN
19hb Januari 2012
-blogsaiful-
Post a Comment