Label 10

Home » » BOCOR HANYIR !! BLOGGER MELAYU MASUK DAP DENGAN HARAPAN JADI MB NEGERI SEMBILAN BILA DAP MENANG ?!! FOTO

BOCOR HANYIR !! BLOGGER MELAYU MASUK DAP DENGAN HARAPAN JADI MB NEGERI SEMBILAN BILA DAP MENANG ?!! FOTO

Written By AAKJ on Wednesday, January 25, 2012 | 11:03 AM


Aspan, blogger pro Tengku Razaleigh yang meninggalkan perjuangan untuk agama, bangsa dan tanahair untuk menyokong DAP yang dikuasai pemurtad Evangelis Kristian kini mahu melakarkan DAP sebagai parti yang bersih dan suci untuk orang Melayu.

Cakap saja banyak, tapi takut nak siarkan komen dalam blognya.

Bagi Aspan yang mengharap untuk dinobatkan MB jika DAP mengambilalih Negeri Sembilan, dia seharusnya mengunakan tujuh samakan dengan lumpur untuk membolehkan DAP itu bersih dan suci untuk orang Melayu. 

Samakan pertama mestilah buat dirinya supaya bersifat jujur dan ikhlas sebagai blogger. Dia haruslah ada keberanian untuk menerima dan menyiarkan kritikan dan pandangan yang berbeza diletakkan dalam komentar. MAsuk DAP berani, tapi siarkan komentar tak ada tolo.

Samakan lumpur yang kedua perlu juga buatnya supaya membuang sikap benci yang amat sangat dan eksterimis terhadap Tun Dr Mahathir hingga ianya mengkaburkan pandangan dan hujahnya.

Samakan lumur ketiga masih lagi kepadanya supaya berhujah dalam blognya berdasarkan fakta dan hujah yang sahih. Saudara Aspan begitu lemah dengan maklumat dan butiran fakta untuk menyokong hujahnya.

90% dari hujah Aspan adalah berdasarkan ingatannya sendiri terhadap sesuatu peristiwa yang mana sering bercanggah dari dokumen dan sumber yang sah. Oh maaf ... dokumen dan sumber telah diadultrasikan. Begitulah pemikiran konspirasi orang-orang Ku Li.

Aspan hanya berhujah berasaskan retorik dan kiasan mudah untuk menarik orang kebiasaan yang kurang ilmu dan orang-orang kampung yang naif. Perkara kompleks dipermudahkan.
Samakan lumpur keempat adalah terhadap parti DAP yang jelas sekali diberitahu oleh pemimpin idola Aspan, Dato Harun Idris mengatakan Lim Kit Siang adalah pemula dan pencetus 13 Mei.

Samakan lumpur kelima untuk parti DAP adalah sejarah parti tersebut yang ramai sekali dianggotai oleh bekas parti komunis, termasuk saudara mara Lim Kit Siang di kampungnya.


Samakan keenam adalah untuk mencuci mulut Aspan yang diajar menipu rakyat oleh DAP untuk mengatakan Pulau Pinang adalah negeri contoh Bersih Cekap dan Amanah.
Pasti Aspan tidak akan cuba menjawab kerana dia tidak berupaya memahami fakta dan butiran untuk menjawab skandal SpICE dan pembinaan parking yang mana seorang ahli PKR keluar parti kerana salahlaku LGE. Bersih kepala hangguk ...

Pasti Aspan tidak berupaya nak terangkan kecekapan PDC untuk menjual tanah begitu mudah kepada pemaju-pemaju berbanding dengan formula dahulu dimana PDC ada syer dalam pembangunan dan keuntungan boleh disalurkan kepada program sosial. Cekap dalam menyamun ...

Disebalik penjualan itu, LGE cekap mengumpul wang dan dana rasuah untuk membiayai parti dan poket dirinya hingga dikatakan berada di Itali untuk makan busat CNY.

Pasti Aspan hanya berupaya memberi hujah loyar buruk ahli politik ketinggalan zaman dengan menyalahkan UMNO untuk menutup kelemahan dan kekurangan maklumat untuk menjawab LGE yang sering ditangkap menipu. Baca penipuan LGE yang terbaru di The Mole sini.

Bersih Cekap Amanah ke atau Pengotor, Cekap Mengkaut, dan Pemipu, Encik Aspan? Belajarlah dengan LGE kuat penipu dan pembohong
Samakan lumpur terakhir adalah untuk dia menjawab adakah dia bersekongkol dengan didalangi pakar baling batu sorok tangan Tengku Razaleigh untuk menuduh Dato Seri Najib dan Datin Seri Rosmah membunuh Altantunya?

Cakap biarlah berbukti ...

Pasti melucukan untuk mendengar perupamaan dan kiasan ala orang kampung Aspan dalam menghujah butiran undang-undang.



TQUNSPINNERS
Share this article :

+ comments + 1 comments

January 25, 2012 at 6:33 PM

sapa lagi yag hadir bersama dia

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger