Label 10

Home » » ANWAR PERNAH BERJUDI ? eHH TOKEY JUDI ?!! wuuSSS !!

ANWAR PERNAH BERJUDI ? eHH TOKEY JUDI ?!! wuuSSS !!

Written By AAKJ on Friday, January 20, 2012 | 10:39 PM

 
HIASE KEH KEH
Oleh : MUTALIB M.D 
SERANGAN bertubi-tubi terhadap keluarga Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil oleh Hero dan Heroin PKR; tidak berjaya ditangkis oleh Media UMNO, sehingga memaksa Kabinet Malaysia mengarahkan Sharizat bercuti selama tiga minggu. 
Malah Sharizat terpaksa menunjukkan 'kuku' yang disembunyikan selama ini, dengan memfailkan saman malu terhadap Rafizi dan Zuraidah. 
Nasib Shahrizat tidak sebaik Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Kewangan Malaysia; kerana jika tidak, Shahrizat akan mendapat pembelaan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohammad; sebagaimana Mahathir membela Rafidah Aziz daripada segala serangan musuh politik UMNO. 
Isu yang menarik untuk disingkap ialah Konflik Individu Vs Konflik Keluarga, terutama usaha untuk menjatuhkan Shahrizat dari dalam menggunakan tangan orang lain; sekalipun bukan atas kesalahan jenayah, tetapi memadai untuk mengotori nama baik Shahrizat sekeluarga dengan isu Laporan Audit 2010. 
Berbeza dengan isu PKFZ, siasatan terhadap isu NFC belum lagi selesai,namun banyak pihak mula menjatuhi hukuman bersalah ke atas Shahrizat dan keluarganya; tanpa berpeluang membela diri di mahkamah undang-undang atau di suatu forum yang sesuai. 
Rakyat di Semenanjung Malaysia mungkin tidak tahu 'Sejarah Hitam' yang ditinggalkan Anwar Ibrahim di Sabah sekitar 1996 ketika Yong Teck Lee menjadi Ketua Menteri melalui kaedah'Merry Go Round.' 
Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan Malaysia telah meluluskan Lesen Judi Loteri 88 kepada Diriwan Corporation Sdn Bhd (DCSB), yang dimiliki sepenuhnya oleh Olympia Industries Berhad yang dipengerusikan oleh Dato' Rani Ibrahim, abang kandung Anwar Ibrahim. 
Ketika itu, tidak ada rakyat Malaysia terutama ahli UMNO yang berani mendesak Anwar meletakkan jawatan kerana abangnya dan beliau sendiri menyokong kegiatan perjudian? 
Menyedari desakan rakyat Sabah untuk mengurangkan perjudian di Sabah, Yong dan Kabinet Negeri Sabah telah membuat keputusan untuk membatalkan lesen perniagaan Diriwan Corporation yang menjalankan operasi perjudian enam pertaruhan seminggu, berbanding tiga sebelum ini. 
Walaupun Lesen Perjudian di Negeri Sabah dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Akta Pertaruhan Pool 1967 yang telah dipanjangkan ke Sabah pada 1992, tetapi lesen perniagaan dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan di Sabah. 
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, ketika itu Datuk Lajim Haji Okin telah mengeluarkan surat pembatalan lesen perniagaan milik Diriwan Berhad menjadikan anak syarikat Olympia itu beroperasi secara haram; sehingga akhirnya Pengarah Urusan Diriwan, 
Datuk Lee Sheong Mai dihadapkan ke mahkamah dan didapati bersalah. 
Tindakan Lajim dan Kabinet Negeri Sabah ini menyebabkan Anwar marah dan mendesak Yong agar menarik balik pembatalan lesen perniagaan Diriwan; tetapi Kabinet Negeri Sabah tetap dengan keputusan awal sekalipun Kementerian Kewangan Malaysia meneruskan penyambungan lesen Diriwan. 
Lesen Perniagaan Diriwan hanya disambung kembali setelah Chong Kah Kiat menjadi Ketua Menteri Sabah pada 2002; atas arahan Mahathir setelah Tun Hamid Omar dilantik sebagai Pengerusi Olypmpia Industries Berhad. 
Dalam kes Judi di Sabah, tidak ada pihak yang berani menyelongkar tindakan Anwar Ibrahim secara sedar telah menyalahguna kuasa dengan mencampuri keputusan Kerajaan Negeri Sabah; terutama menghalalkan 'Judi' tetapi dalam kes NFC, bala tentera Anwar dan musuh Shahrizat menyerang Ketua Wanita UMNO dan keluarganya dari segenap arah; termasuk segala hal peribadi, hal ehwal pinjaman, kad kredit, keuntungan dan pelaburan. 
Jika dibandingkan dengan kes keluarga Shahrizat dengan keluarga Anwar, Sharizat patut berbangga kerana tidak ada sebarang pelanggaran atau kesalahan syariah dilakukan sebagai Umat Islam; apatah lagi mengikut laporan audit, kebanyakannya kelewatan dilakukan oleh subkontraktor dan bukannya oleh NFC atau keluarga Shahrizat. 
Andai kita merujuk kepada rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan RAM, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan Malaysia masih memegang 1 saham asas penubuhan atau dalam kata lain memegang 50 % kepentingan, sekalipun Agroscience Industries Sdn.Bhd memegang 100 % saham NFC. 
Laporan Audit Negara hanyalah pemerhatian kepada pematuhan terhadap akauntabiliti dan penentuan operasi agar NPC mematuhi prinsip 3E iaitu efesien, efektif dan ekonomik; bukanlah alibi jenayah yang boleh mensabitkan pelakunya di mahkamah. 
Laporan Audit hanya pandangan peribadi juru audit berasaskan pemerhatian, kajian dan pemeriksaan lapangan; sebaliknya bukanlah bukti yang melampaui keraguan munasabah. Apatah lagi, Laporan Audit tidak pernah diterima sebagai alibi di mahkamah!

MEHH BACA SINI WEYY :
 http://yuseriyusoff.blogspot.com/2012/01/selak-sejarah-abang-anwar-ibrahim.html
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger