Nazmi Faiz yang sebelum ini dikaitkan dengan Neelofa nyata terkejut mula menjelaskan perkara sebenar. Nazmi sememangnya meminati Neelofa setelah melihat kekerapan wajah cantik aktres itu menghiasi majalah hiburan tempatan.
Anak keempat daripada lima adik-beradik itu ikhlas mengakui tambah meminati Neelofa sebaik saja menonton lakonan pemenang Dewi Remaja itu. Nazmi sendiri pernah mengakui artis yang diminati ialah Neelofa semasa berada di konti HotFM.
Tetapi Nazmi Faiz tidak pernah menjumpai Neelofa. Jadi khabar tentang Nazmi Faiz yang makan malam bersama Neelofa adalah tidak benar sama sekali. Nazmi yang terkejut, tergamam dan tidak menyangka perkara sebegini boleh berlaku, mempunyai sedikit perasaan gembira kerana dia juga adalah peminat Neelofa. Pun begitu Nazmi Faiz dikatakan tidak akan menolak pelawaan sekiranya diberi peluang berjumpa dengan artis kesukaannya itu.
Apabila disebut pula tentang nama Nadia Ismael, Nazmi tambah terkejut dan terus menegaskan bahawa dirinya masih lagi tidak mempunyai teman istimewa.
“Saya masih lagi muda. Baru saja berusia 17 tahun. Perjalanan saya masih jauh. Saya masih belum ada kekasih lagi. Saya masih lagi solo. Nadia Ismael itu adalah kawan kepada adik saya. Dia memang sangat rapat dengan adik saya. Saya hairan kenapa dia dikatakan kekasih saya.” Jelas Nazmi.
“Saya cuma anggap Nadia seperti kawan saya saja. Tidak lebih dari itu. Kalau boleh saya mahukan gosip seperti ini dihentikan kerana saya mahu memberikan fokus kepada karier bola sepak saya. Apapun, saya bersyukur setakat ini gosip ini tidak mendatangkan kesusahan dan gangguan dalam hidup saya.” Jelasnya lagi.
Maka terjawablah persoalan samada Nazmi Faiz sudah mempunyai awek atau tidak. Gadis-gadis di luar sana jangan terlalu teruja dengan khabar berita ini ya. Bak kata pengacara RTM di Stadium Angkasa semalam, “Kepada gadis gadis di luar sana, jangan memberi perhatian terlampau kepada individu ini kerana beliau mempunyai tanggungjawab besar yang harus digalas dan dilaksanakan sebaiknya untuk negara…”
TQPENULISSENJA
+ comments + 1 comments
ya betul la. janganlah kita mderosakkan prestasi pemain pemain kita. mereka baru sahaja menuju arena. kalau kita(gadis2 manis dan cantik)menarik mereka ini ke kancah percintaan, kemudian menyebabkan perkara yg tidak elok berlaku seperti perzinaan, hamil luar nikah dsb atau paling kurang, menyebabkan skandal atau cinta tiga segi pastinya akan meruntuhkan masa depan pemain. kepada yang berangan2 nak jadi GF Harimau Muda, pendamkan saja dalam hati. bila mereka sudah pencen lebih kurang 10 tahun dari skg, kacau lah sepuas hati. dan kepada yg jantan yg nak jadi BF pemain2 tolong lupakan hasrat anda kerana Malaysia bukan Eropah yang mengamalkan SEX BEBAS (LGBT).
Post a Comment