Label 10

Home » » Urusan pendaftaran BR1M!! Kerajaan negeri diminta bantu

Urusan pendaftaran BR1M!! Kerajaan negeri diminta bantu

Written By AAKJ on Sunday, December 25, 2011 | 1:01 PM

Semua kerajaan negeri diminta memainkan peranan dalam usaha melicinkan urusan pendaftaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) khususnya di daerah pedalaman melalui penyediaan kemudahan kepada kakitangan yang bertugas.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, kemudahan yang perlu disediakan adalah seperti pengangkutan bagi memudahkan urusan ke kawasan pendalaman seperti di Sabah dan Sarawak.

Katanya, ketiadaan kemudahan menyebabkan proses pendaftaran BR1M di kawasan-kawasan tersebut terganggu kerana tiada pengangkutan khusus untuk membawa kakitangan berkenaan sampai ke destinasi terbabit.

"Dalam hal ini, kerajaan negeri boleh memainkan peranan dengan menyediakan kemudahan sewajarnya dan memberi maklumat tepat mengenai penduduk di kawasan itu bagi memudahkan pendaftaran dibuat.

"Bantuan seumpama itu sangat diperlukan kerana tempoh pendaftaran akan berakhir pada 10 Januari ini dan kita tidak mempunyai masa yang panjang, kita mahu setiap rakyat yang layak dapat menerima bantuan tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Surau Al-Ikhlassiah, Kampung Cik Zainal Tambahan I di sini hari ini.

- UTUSAN
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger