Jangan pilih orang fasik jadi pemimpin
MAULANA ARRIF
BARANGKALI, tidak lama lagi akan berlangsunglah pilihan raya umum ke-13. Begitulah jangkaan umum berdasarkan pelbagai perkembangan semasa. Pilihan raya umum juga adalah medan untuk memilih pemimpin - daripada Perdana Menteri yang memimpin negara hinggalah ke Menteri Besar yang memimpin negeri. Jika tersilap pilih, kita dan negara akan menanggung bahananya.
Tentulah kita umat Islam yang menjadi majoriti penduduk Malaysia tidak mahu dipimpin oleh orang yang tidak beriman apatah lagi orang fasik dan munafik yang akhirnya akan menjadi gunting dalam lipatan yang menjahanamkan negara.
Seseorang yang beriman, agamanya adalah Islam kerana inilah agama yang Allah redai setelah agama-agama lain menyimpang daripada landasan tauhid. Maka pilihlah seorang pemimpin yang bukan sahaja mengaku beragama Islam, tetapi mengamalkan cara hidup Islam.
Tidak layak kita memilih pemimpin yang tidak menunaikan solat lima waktu, kerana inilah ibadat pokok. Dia juga mestilah berpuasa, membayar zakat dan menunaikan haji apabila cukup syaratnya. Secara mudah, jika seseorang itu tidak melaksanakan lima rukun Islam, maka carilah orang lain yang lebih layak sekalipun orang yang 'kurang Islam' itu bergeliga otaknya.
Si pemimpin juga mestilah mempunyai ciri-ciri ketakwaan iaitu tidak melakukan dosa-dosa besar seperti berzina, seks sesama jantina seperti umat Nabi Luth, rasuah, berjudi dan minum arak. Setelah dilihat memenuhi kriteria asas ini, maka bolehlah dinilai ciri-ciri lain yang bersifat universal dan tidak bertentangan dengan ajaran al-Quran serta sunah.
Sehubungan itu, kita wajib melihat kepada empat sifat utama Rasulullah iaitu benar; amanah; tabligh atau menyeru kepada kebaikan, dan bijaksana.
Jika seseorang itu suka berdolak-dalik, maka dia bukanlah seorang yang benar. Hari ini bercakap begitu, minggu depan cakap lain pula. Orang yang benar juga tidak memungkiri janji. Jika dia menjanjikan sesuatu, dia akan menunaikannya kecuali disebabkan ketentuan Allah yang di luar kekuasaan manusia untuk mengubahnya.
Orang yang bercakap benar juga tidak memutar belit percakapannya. Dia hendaklah bercakap berdasarkan kebenaran fakta. Dia tidak mengada-adakan perkara yang tidak wujud atau tidak benar semata-mata kerana mahu memperdayakan orang ramai supaya menyokongnya.
Mudah cakap, seseorang yang benar mestilah tidak bercakap bohong, tidak menipu dan tidak memungkiri janji. Bayangkan kesannya kelak jika negara kita dipimpin oleh seorang yang tidak benar. Lazimnya orang yang tidak bercakap benar juga tidak mempunyai sifat amanah.
Amanah yang dipikul oleh seorang pemimpin sangat besar dan berat. Jika seseorang benar-benar beriman, dia tidak akan meminta dirinya dipilih menjadi pemimpin. Andainya orang ramai mendesak dia menjadi pemimpin, dia akan menerima jawatan dengan rasa bimbang. Takut kalau-kalau tidak dapat memenuhi amanah yang dipikul.
Pada zaman Rasulullah, baginda tidak melantik orang yang kelihatan sangat ghairah berkehendakkan sesuatu jawatan. Dari Abu Musa katanya: ''Aku datang menemui Nabi( Muhammad ) bersama dua anak lelaki bapa saudaraku. Salah seorang daripada mereka berkata, Ya Rasulullah, angkatlah aku jadi Amir (pembesar) di salah satu daerah yang dikuasakan Allah kepada anda. Yang seorang lagi juga turut berkata seperti itu.
Jawab Rasulullah S.A.W: "Demi Allah, aku tidak akan mengangkat seseorang untuk memangku sesuatu jawatan, orang yang meminta-minta supaya dia diangkat, bahkan tidak pula orang yang mengharap-harap (bercita-cita) untuk itu." - (Sahih Muslim)
Pada hari ini keadaan adalah sebaliknya. Kebanyakan orang yang mahu menjadi pemimpin bukan sahaja melobi, tetapi sanggup merasuah, menipu, memfitnah dan melakukan perbuatan yang jelas dilarang Allah. Malah pernah berlaku di Malaysia seorang ahli politik berjawatan tinggi didapati bersalah oleh mahkamah atas tuduhan membunuh seorang musuh politiknya.
Apakah orang-orang yang tidak layak jadi pemimpin ini tidak diketahui perangai mereka oleh pemilih-pemilih jawatan? Mungkin sebilangan tidak diketahui kerana mereka adalah munafik yang pandai menyembunyikan sifat-sifat buruk daripada khalayak umum.
Hati budi
Tetapi percayalah, sebilangan lagi sangat diketahui umum. Persoalannya kenapa pilih mereka jika sudah mengenali hati budi mereka? Adakah sudah tiada lagi orang-orang baik yang layak dipilih? Atau orang-orang yang memilih memang berperangai sama seperti mereka.
Sungguh malang jika negara kita dilanda sindrom ketandusan pemimpin Islam. Jika berlaku, inilah tandanya rakyat negara ini sudah terlalu keduniaan. Mereka mencintai dunia melebihi akhirat yang Allah telah janjikan sebagai tempat yang jauh lebih baik dan kekal. Mereka juga tidak lagi mempedulikan amaran Allah SWT dalam Quran.
Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan (tidak percaya akan) pertemuan dengan Kami, dan merasa puas dengan dunia serta merasa tenteram dengan kehidupan itu dan orang-orang yang melalaikan ayat-ayat Kami, mereka itu tempatnya ialah neraka, disebabkan apa yang selalu mereka kerjakan. - Yunus (10): 7/8.
Pada hari ini, ramai yang mahu jadi pemimpin tanpa memikirkan bahawa di akhirat kelak mereka akan disoal terhadap apa yang mereka telah laksanakan. Mereka mahu jadi pemimpin hanyalah kerana berkehendakkan habuan dunia, sama ada dalam bentuk kekayaan, pangkat, kemasyhuran atau pengaruh.
Hanya orang tidak mengejar habuan dunia sahaja akan menerima sesuatu jawatan atas dasar untuk memenuhi harapan dan kepercayaan orang lain. Inilah asas kepimpinan dalam Islam.
Jika negara kita sampai ke peringkat sindrom ketandusan pemimpin yang layak, itulah tandanya bilangan rakyat Malaysia yang beriman semakin sedikit walaupun zahirnya bilangan umat Islam sangat ramai. Berdoalah supaya negara kita tidak sampai ke peringkat tiada lagi umat Islam yang layak jadi pemimpin. Tetapi bunga-bunga atau tanda kita akan sampai ke peringkat itu sudah ketara. Orang yang peribadinya jelas meragukan, disokong dengan penuh fanatik.
Sebilangan mereka yang menyokong ialah orang-orang yang mendakwa mereka pejuang agama Islam. Apakah di kalangan mereka ini sudah tiada lagi orang yang lebih layak untuk diangkat menjadi pemimpin sehingga mereka seolah-olah 'gila' menyokong orang lain yang dipaliti pelbagai keraguan?
Di antara mereka yang menyokong kuat orang yang tidak layak jadi pemimpin ini, ramai juga yang tidak lekang daripada mengungkapkan ayat-ayat Quran di khalayak umum. Apakah mereka sekadar membaca, tetapi tidak memahami apa yang dibaca? Atau mereka tidak nampak kebenaran kerana hati mereka sudah 'buta.' Barangkali mereka adalah golongan yang Allah perjelaskan dalam ayat Quran ini.
Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada. - Al Hajj (22): 46.
Adakah kita sedar bahawa Ketua UMUM Fuckatan mempunyai kecenderungan seksual yang pelik. Beliau boleh mengadakan hubungan seks dengan mana-mana jantina yang disukainya. Namun beliau tetap memenangi pilihanraya dengan majoriti puluhan ribu undi.
Adakah kita sedar bahawa salah seorang Exco Selangor pernah berzina dengan seorang lelaki Melayu?!! Walaupun begitu dosa zina beliau tetap dipertahankan oleh barisan kepimpinan Muslimat PAS yang bertudung labuh dengan alasan perbuatan beliau itu hak peribadi yang tidak boleh diganggu. Dosa beliau juga telah diampunkan oleh Mursyidul Am PAS sendiri.
Adakah kita tahu bahawa seorang lagi Exco DAP Kerajaan Selangor sanggup membiarkan ibu bapanya yang menderita sakit jantung merayu bantuan kepada MCA? Sedangkan suami beliau sendiri seorang doktor?
Tahukah kita bahawa peranan PAS dalam fuckatan ini adalah bagi menyediakan dalil dan hadis kepada pemimpin kafir bagi menambat hati orang Islam dan menghalalkan setiap perbuatan mereka? Sedarkah kita betapa ramainya orang Islam yang telah MURTAD dan mengamalkan hidup songsang dek kerana peranan yang dimainkan mereka ini?!!
Tahukah kita bahawa Nik Aziz sendiri menganut fahaman yang songsang dalam Islam yang menyamakan Allah SWT dengan sifat-sifat manusia?!! Dan pelampau PAS juga sebenarnya telah bersedia untuk melancarkan perang saudara pada 2004 jika sekiranya satu kerusi yang mengekalkan kuasa mereka di Kelantan ketika itu jatuh ke tangan BN?!!
Dan adakah kita tahu betapa ramainya pemimpin dan wakil rakyat PAS yang mempunyai nafsu seks yang melampau? Jika tidak, mengapa Timbalan Presiden mereka sendiri pernah ditangkap basah dan diampunkan dosa?!!
Tahukah anda setiap wakil rakyat PAS diwajibkan untuk memiliki sebuah kereta buruk dan sepersalinan pakaian murah dalam kereta tersebut untuk dipakai ketika bertemu rakyat? Mereka juga diarahkan untuk menyembunyikan kemewahan harta jauh daripada radar rakyat. Malahan inilah kaedah terbaik bagi mendekati rakyat bagi menutup fakta sebenar kegagalan mereka menjalankan tanggungjawab dan mentadbir.
Dan adakah rakyat di negeri-negeri pembangkang sedar bahawa tidak sampai 10 peratus hasil negeri disalurkan kembali kepada mereka di sebalik alasan BN tidak membantu dan menyekat peruntukan?
Tepuk kepala, tanyalah AKAL!
tq-mymassa
+ comments + 1 comments
35 Wahai anak-anak Adam! Jika datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu yang menceritakan kepada kamu ayat-ayat (perintah) Ku, maka sesiapa yang bertakwa dan memperbaiki amalnya, tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.
36 Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, merekalah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya.
37 Maka tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah atau yang mendustakan ayat-ayatNya. Orang-orang itu akan mendapat bahagian mereka (di dunia) dari apa yang telah tersurat (bagi mereka), hingga apabila datang kepada mereka utusan-utusan Kami (malaikat) yang mengambil nyawa mereka, bertanyalah malaikat itu (kepada mereka): Manakah (makhluk-makhluk dan benda-benda) yang kamu sembah selain Allah? Mereka menjawab: Semuanya itu telah hilang lenyap daripada kami dan mereka pula menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, bahawa mereka adalah orang-orang yang ingkar.
38 Allah berfirman: Masuklah kamu ke dalam Neraka bersama-sama umat-umat yang terdahulu daripada kamu, dari jin dan manusia. Tiap-tiap satu umat yang masuk, mengutuk akan saudaranya (golongannya sendiri); hingga apabila mereka semua berhimpun di dalamnya, berkatalah golongan yang akhir mengenai golongan yang pertama di antara mereka: Wahai Tuhan kami, mereka inilah yang telah menyesatkan kami; oleh itu berilah kepada mereka azab seksa yang berlipat ganda dari (azab) Neraka. Allah berfirman: Kamu masing-masing disediakan (azab seksa) yang berlipat ganda tetapi kamu tidak mengetahui.
Baca selanjutnya: http://syurgadidunia.blogspot.com/2011/03/ulamak-dah-kata-halal-dia-yang-tanggung.html#ixzz1pGkhkrPL
Post a Comment