Label 10

Home » » TABUNG MEMALI !! MAT SABU BERPAKAT DENGAN SIAPA TUTUP KE INI !!

TABUNG MEMALI !! MAT SABU BERPAKAT DENGAN SIAPA TUTUP KE INI !!

Written By AAKJ on Tuesday, December 13, 2011 | 8:52 PM


1. Menurut orang kuat PAS, SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)dan Polis Bukit Aman khususnya disyaki Menyembunyikan fakta dan Menutup Fail Korupsi Tabung Memali (TMM) dan pelbagai Penyelewengan Wang seperti di Madrasah MID Memali, BJM dan pelbagai perkara lagi.

2. Penulis buku berkaitan Memali C.N. AlAfghani mendedahkan Senator PAS Y.B. Mohd. Yusuf Husin telah menyeleweng beratus-ratus ribu wang sumbangan untuk balu-balu Memali, termasuk menyeleweng wang Madrasah. Menurut beliau, Mat Sabu Timbalan Presiden PAS walaupun mengetahui Penyelewengan dan Rasuah yang Maha Besar di Memali itu, telah mengarahkan supaya kes tersebut disembunyikan daripada diketahui oleh khalayak ramai, kerana bimbang akan memalukan PAS yang dikatakan Islamik itu.


3. C.N. AlAfghani mendedahkan beliau telah membuat Laporan Polis namun, beliau juga mendakwa pihak polis dari Bukit Aman telah tidak meneruskan siasatan tersebut sehinggalah ke hari ini. Memandangkan jumlah wang yang sebegitu banyak disalahgunakan oleh Senator PAS Y.B. Mohd. Yusuf Husin, sepatutnya pihak SPRM tidak menutrup mata.

4. Adakah SPRM juga telah  dipenuhi oleh Musang Berbulu Ayam sehingga mendiamkan penyelewengan dan Rasuah terbesar di dalam PAS ini! Sekiranya ia kena kep[ada kerajaan seperti isu NFC dan sebagainya, SPRM cepat-cepat sahaja membuka kertas siasatan. Sebaliknya beratus ribu wang Balu Memali, wang Madrasah, Wang sumbangan yang diperkatakan dengan terperinci oleh C.N. AlAfghani di dalam bukunya seperti tidak ada apa-apa tindakan oleh pihak SPRM!


5. Kita berharap, agensi-agensi kerajaan  yang bertanggungjawab janganlah seperti hendak glamour sahaja dengan menerima bulat-bulat apa sahaja yang Didakwa dan Dituduh oleh Pembangkang sebagai Rasuah sana Rasuah sini, sebaliknya apabila melibatkan Penyelwengan dan Rasuah di pihak PAS, mereka lembat, lambat dan seperti menutup fail, kata penulis buku C.N. AlAfghani.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger