Label 10

Home » » "SIAPA YANG PILIH SAIFUL..?" kih kih kih KAK JIJAH YANG PILIH ??

"SIAPA YANG PILIH SAIFUL..?" kih kih kih KAK JIJAH YANG PILIH ??

Written By AAKJ on Saturday, December 3, 2011 | 11:26 PM

alt
KUALA LUMPUR 3 Dis. - Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak menyelar Pakatan Rakyat kerana kerap menipu rakyat dengan janji-janji palsu yang tidak terlaksana. Beliau turut mendakwa PAS diperkudakan oleh DAP demi mencapai kuasa mutlak yang akhirnya bakal menghancurkan masa depan Agama dan Bangsa tanah air.

"Kalau perjuangan berdasarkan Islam, tinggal daripada jadi rakan DAP," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno di PWTC petang ini.
Najib juga menegaskan Pakatan tidak pernah jujur dalam perjuangan dan mengkhianati janji yang ditawarkan kepada pengundi. Menurut lagi,  sekiranya ada pertentangan fahaman antara parti dalam Pakatan Rakyat,  maka rakyat tidak boleh memberi negara ini ditadbir oleh  Pakatan Rakyat.

Dalam ucapannya, Najib turut menempelak Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menyifatkan "dia tak kuat sangat, tapi pandai berkokok macam ayam".

"Berkokok sana sini, bohong sana sini, tipu sini, tipu sana, fitnah sini, fitnah sana, main sini dan main sana," kata Najib sambil disambut gelak ketawa perwakilan. (Dia) bohong tak berhenti-henti, dia kat eh kami juara...parti sendiri (pun) kucar-kacir," katanya sambil menyifatkan pembohongan terbesarnya adalah mengenai 16 September.

Najib turut membidas Anwar yang mendakwa akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang menyebabkan perwakilan bersorak 'boo'.

"Saya dengan Pak Lah masa tu, daripada mana dia dapat dia cakap, saya tanya Yang di-Pertuan Agong, baginda gelengkan kepala. Geleng kepala bila dengar. Nak main selamat, kepung dia, bedooh (melampau), tak ada seorang pun yang seberang," katanya.

Menurutnya lagi, tidak cukup beliau diserang dan difitnah selama tiga tahun, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor juga diserang.

"Isteri saya duduk diam-diam, kena serang... Saya dah bersumpah di masjid, empat kali saya bersumpah. Saya nak tanya dia, berapa kali dia bersumpah?. Di dalam masjid? di luar masjid?... Di mahkamah, tak berani (bersumpah), masuk dalam kandang tak berani bersumpah... Ini kes Saiful lawan dia, tidak ada kena mengena dengan Umno.

"Siapa yang pilih Saiful... Orang macam inikah yang nak jadi PM," kata Najib.
Share this article :

+ comments + 1 comments

December 3, 2011 at 11:48 PM

Anwar hanya akan dilupa jika dia 'bisu' kerana jika dia masih boleh berkata-kata, ramai yang terpesona dan percayai. Dalam Malaysia ni, hanya Tun mahathir sahaja yang boleh atasi Anwar dalam berbahas.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger