Aku tak pasti skrip terbaru MB Selangor yang terkenal dengan percakapan gagap di Selangorkini sebenarnya adalah daripada idea beliau sendiri ataupun skrip yang telah diolah oleh Faekah Radio Buruk yang sentiasa membayangi setiap kenyataan Khalid Gagap.
Terbaru Khalid Gagap mendakwa bahawa RM 2.71 billion yang diperuntukkan untuk projek pembangunan bukan milik BN tetapi milik rakyat. Pelik tapi benar, sejak bila Khalid Gagap ini sedar bahawa duit peruntukan BN adalah milik rakyat? Aku tak pasti dia baru sedar ataupun buat-buat tak sedar. KLIK SINI
Soalan aku mudah, kalau betul duit peruntukan kerajaan BN adalah untuk rakyat kenapa peruntukan jalan MARRIS yang diberikan oleh kerajaan BN untuk penyelenggaraan jalan tidak disalurkan sepenuhnya kepada pihak yang berwajib.
Ini adalah bukti bagaimana kerajaan Khalid Gagap membelanjakan peruntukan yang diberikan kepada kerajaan BN untuk rakyat Selangor. Kenapa mesti satu jumlah yang besar harus dimasukkan ke dalam satu akaun amanah dan bukan diberikan sepenuhnya kepada pihak yang sepatutnya mendapat peruntukan demi keselesaan rakyat Selangor. Bukankah mereka sendiri mengakui bahawa peruntukan projek pembangunan adalah wang rakyat dan bukan wang BN. Ahli Parlimen Hulu Selangor YB Kamalanathan pernah mempertikaikan perkara ini ketika Sidang Parlimen pada bulan Oktober lepas Klik Sini dan KGC sendiri pernah mengeluarkan artikel berkenaan MARRIS ini. Klik Sini
Satu skrip lagi adalah mempertikaikan pengendalian wang rakyat untuk skim insentif peningkatan hasil padi kepada petani yang didakwa tidak telus. Sempat Khalid Gagap menasihatkan Noh Omar supaya tengok kembali perlaksanaan skim insentif tersebut. Biarlah aku menjawap bagi pihak Noh Omar. Tak perlu seorang Menteri menjawap persoalan bodoh seperti ini kerana Noh Omar dah menjawap berkenaan perkara ini secara panjang lebar.
Kita luangkan masa untuk meneliti semua video dibawah dan kemudian kita buat satu kesimpulan adalah Menteri Besar Selangor ini hanya memberi kenyataan berdasarkan fakta ataupun sekadar tangkap muat demi menyelamatkan survival politik sendiri.
Video edisi 1 dan 2 klik sini
+ comments + 1 comments
Sekongkar. jangan x selongkar
Post a Comment