Rev. Dr Eu Hong Eng |
Perkasa selar paderi pertikai fasal 153 Perlembagaan ketika ucapan Krismas di gereja
Oleh Mohd Farhan Darwis
December 25, 2011
KUALA LUMPUR, 25 Dis — Petubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menyelar tindakan seorang pemimpin tertinggi Gereja National Evangelical Christian Fellowship (NECF) Rev. Dr Eu Hong Eng yang mempersoalkan Perlembagaan 153 dalam rumah ibadat sempena sambutan perayaan Krismas hari ini.
Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali menjelaskan, perkara sedemikian tidak pernah berlaku dalam khutbah Imam-Imam masjid di negara ini sama ada ketika sambutan perayaan Aidilfitri mahupun Aidiladha.
“Perkasa melahirkan rasa kecewa dan mengutuk bila mana ada seorang pemimpin tertinggi gereja mempersoalkan Perlembagaan 153 dalam rumah ibadat. Hal sebegini tidak pernah berlaku dalam ucapan dan khutbah yang disampaikan Imam-Imam umat Islam,” katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini.
Jelas Syed Hassan, perihal berkaitan Perlembagaan Negara tidak pernah disentuh oleh golongan Imam masyarakat Muslim.
“Nampaknya serangan terhadap Perlembagaan 153 sudah ditahap kemuncak bila ketua agama lain juga mempersoalkannya,” tegasnya.
“Lebih menyedihkan, ia dipersoalkan di dalam gereja oleh ketua agama, Perkasa berpendapat Paderi tersebut tidak faham Fasal 153 Perlembagaan Negara itu atau sengaja mahu timbul ketegangan,” tegasnya lagi.
Tambahnya, Fasal 153 ada menyebut kaum Bumiputera yang ada juga keturunan lain selain orang Melayu beragama bukan Islam termasuk juga Kristian.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/perkasa-selar-paderi-pertikai-fasal-153-perlembagaan-ketika-ucapan-krismas-di-gereja/
*Bila muslim berpecah, lemah, pemimpin agama lain ada yang cuba menangguk di air yang keruh. Macam pernah nampak paderi tu, kat mana ye.

Post a Comment