Awang terganggu dengan satu laporan baru-baru ini bahawa semakin ramai golongan muda Melayu dikesan mengamalkan gaya hidup homoseksual.
Walaupun ditegah oleh agama dan mendedahkan mereka kepada jangkitan virus HiV, penularan seks luar tabii kian meluas dan membimbangkan.
Gejala tersebut bukan sahaja bertumpu di negeri-negeri Pantai Barat bahkan di Pantai Timur termasuk Kelantan.
Pendedahan itu yang dibuat oleh Presiden Majlis AIDS Malaysia, Tan Sri Mohd. Zaman Khan mengundang persoalan besar tetapi ia bukan sesuatu yang mengejutkan.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini gejala homoseksual menjadi-jadi. Sebahagian aktiviti golongan itu dilakukan secara berani dan terbuka antaranya menerusi kelab gay dan lesbian.
Mengapa gejala songsang itu meningkat secara mendadaknya? Apakah ia memang fenomena global yang penularannya berjaya diperhebatkan ke negara ini menerusi perjuangan agresif pertubuhan hak asasi manusia?
Awang tiada jawapan tetapi ada lagi perkara yang mengganggu fikiran. Seorang lelaki gay Melayu menghubungi Awang bagi mengulas tulisan ruangan ini minggu lalu berhubung pelajar Malaysia yang berkahwin sejenis dengan lelaki Inggeris. Sambil dia menyokong perkahwinan itu, lelaki gay berkenaan memberitahu bahawa gerakan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) kini dalam gelombang ‘kebangkitan’ selepas mendapat dua inspirasi.
Pertama, katanya, ada pemimpin pembangkang yang juga daripada golongan itu. ‘‘Itu suatu kemenangan buat golongan kami.’’ katanya. Kedua, keberanian NGO memperjuangkan gaya hidup seks songsang sebagaimana penganjuran Seksualiti Merdeka. Menurut dia, itu juga bibit kejayaan awal. Awang menung panjang selepas mendengar pengakuan itu.
Apa yang menariknya, LGBT juga dikatakan semakin bangkit di Kelantan, sebuah negeri Serambi "Mekah" versi pengganas Khawarij Hijau pimpinan seorang diktator tua berfahaman Wahabbi. Nampaknya benih-benih haram Anwar yang disemai dalam rahim pelacur PAS mulai bersemai membentukkan hasil.
Cuba bayangkan suatu masa nanti apabila semua pimpinan dan dewan ulama' PAS sudah memiliki JAMBU atau 'anak ikan' mereka sendiri.
Pastinya ketika itu bukan talak isteri lagi yang dibai'ahkan ketika menjadi calon.
Post a Comment