Seorang penganalisa politik tempatan meramalkan Datuk Seri Najib Tun Razak menang besar dalam ibu segala pilihan raya yang djangka tahun depan.
Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak dari Universiti Utara Malaysia (UUM itu berkata, tsunami politik tidak akan berulang sebagaimana 2008.
Dalam tahun itu BN kalah teruk dengan kehilangan lima negeri – Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kelantan – yang dimenangi PAS sejak 1990.
Ketua Jawatankuasa Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa itu berkata, “selalunya perdana menteri baru akan menang besar dalam pilihan raya pertama mereka.
“Jadi saya kira Najib akan menang besar dalam pilihan raya umum 13. Rakyat mula yakin dengan transformasi Najib.
“Saya kira satu atau dua kerusi yang dimenangi Pakatan Rakyat akan kembali kepada BN.”
Pakatan Rakyat meramalkan Parlimen akan dibubarkan pada bulan Februari atau Mac untuk membuka laluan kepada pilihan raya umum ke 13.
Najib berulangkali mengingatkan partinya BN supaya bersiap sedia menghadapi pilihan raya tersebut.
`Tiada box office lagi’
Dr Mohamed Mustafa juga menolak faktor pemimpin popular pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi faktor penentu keputusan pilihan raya umum 13.
Menurutnya, sama ada mantan timbalan perdana menteri itu dipenjarakan atau tidak, ia tidak boleh mempengaruhi rakyat lagi.
“Filem Anwar tidak boleh jadi box office lagi, tidak laku lagi kerana orang sudah tengok pada tahun 1999,” tambahnya.
Mahkamah tinggi akan membuat keputusan terhadap perbicaraan kes liwat Anwar pada 9 Januari ini.
Bagaimanapun, Dr Mohamed Mustafa menegaskan teori itu hanya ramalan belaka.
Menurutnya, jika berlaku kes besar dalam masa dua tiga bulan sebelum pilihan raya, ia akan mempengaruhi sokongan rakyat.
Tetapi, katanya, melihatkan keadaan sekarang dijangka tidak ada isu besar akan berlaku.-FMT
Post a Comment