Kalau pembaca nak tahu, inilah tempat letak kereta di Bukit Bendera, Pulau Pinang yang berharga RM5juta.
Setelah siap, tempat letak kereta ini tidak dapat digunakan kerana ianya hanya muat untuk kereta kancil. Tempat letak kereta ini juga tidak mempunyai lif walaupun setinggi ini ia dibina.
Akhirnya Kerajaan Negeri di bawah DAP mengambil keputusan untuk merobohkan tempat letak kereta ini dan menggantikan dengan yang baru.
Penduduk bidas musnah bangunan tempat letak kereta baru RM5 juta
GEORGETOWN: Penduduk yang tinggal berhampiran bangunan tempat letak kereta bertingkat Stesen Bukit Bendera di sini, membidas cadangam Kerajaan DAP Pulau Pinang mahu merobohkan bangunan baru berkenaan.
Mereka berpendapat tindakan merobohkan bangunan tempat letak kereta bernilai RM5 juta itu sebagai membazir dan menunjukkan kelemahan pentadbiran kerajaan negeri dalam menangani masalah rakyat.
Lim Cheng Cheng, 57, berkata kerajaan negeri tidak sepatutnya merobohkan bangunan itu, sebaliknya membaiki struktur tertentu seperti meluaskan laluannya supaya ia boleh digunakan pengunjung Bukit Bendera dengan kadar segera.
?Pembayar cukai menjadi mangsa hanya disebabkan kesilapan beberapa individu terbabit dalam pembinaan tempat letak kereta ini dan saya tidak tahu hendak kata apa lagi dengan pengumuman kerajaan negeri ini.
?Pemimpin kerajaan negeri sewajarnya tahu bahawa langkah itu sebenarnya membazir saja... bukankah lebih baik bangunan ini diubah suai saja kerana ia lebih menjimatkan wang pembayar cukai,? katanya ketika ditemui Berita Harian, semalam.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng baru-baru ini mengumumkan bahawa tempat letak kenderaan yang tidak dapat digunakan kerana gagal memperoleh Sijil Layak Menduduki (CF) daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) kerana rekaannya yang lemah itu akan dirobohkan, direka bentuk dan dibina semula.
Pembinaan bangunan baru itu mengambil masa kira-kira 15 bulan untuk disiapkan membabitkan kos antara RM5.5 juta hingga RM6.75 juta.
Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen ketika mengulas perkara itu mahu Guan Eng selaku Pengerusi Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), iaitu agensi bertanggungjawab menguruskan projek dibiayai Kerajaan Pusat menerusi Kementerian Pelancongan bertanggungjawab dan memberi penjelasan.
Seorang lagi penduduk, Wong Yew Aun, 28, menyifatkan langkah kerajaan negeri merobohkan bangunan tempat letak kereta itu sebagai tidak wajar dan kurang bijak kerana membazir wang rakyat.
?Sepatutnya kerajaan negeri membantu rakyat menjimatkan dana awam tetapi perkara sebaliknya yang berlaku apabila kerajaan negeri lebih suka membazirnya demi membina tempat letak kereta baru,? katanya.
Tindakan Kerajaan DAP itu seolah-olah mencampakkan duit RM5juta ke laut di Pulau Pinang.
*Kalau kerajaan BN buat, mereka akan cakap projek gagal. Kalau macam ni pulak, nak panggil apa ye? Bodoh bertingkat-tingkat macam tempat ni jugak.
Source: MyMassa
TQKGCONLINE
Post a Comment