Pendaftaran untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dari 10 Dis hingga 10 Jan. BR1M = RM500 untuk isi rumah pendapatan RM3000 dan kebawah.
Borang BR1M akan diedarkan mulai 10 Dis melalui Pejabat Daerah, Jabatan Kebajikan, Ketua Kampung, Pej LHDN, Pej Wakil Rakyat, website MoF.
Borang lengkap BR1M boleh diserah melalui Pej Daerah, wakil rakyat, Ketua Kampung, LHDN & sekolah2 terpilih sebelum 10 Januari.
Pembayaran BR1M akan dibuat pada pertengahan bulan Jan kepada penerima yg layak setelah semakan dibuat oleh Kementerian Kewangan (MoF).
Bagi permohon yang tiada ‘pay slip’ contoh kerja sendiri/kerja kampung, boleh dapat pengesahan dari wakil rakyat atau ketua kampung.
BR1M dianggarkan memberi bantuan kepada 5.2 juta isi rumah dengan peruntukan sebanyak RM 2.6 bilion keseluruhannya. Belanjawan Kerajaan BN.
BR1M Siapa layak? Ketua isi rumah (bapa/ibu/anak) layak terima. Kalau ada anak yg tinggal bersama yg sudah kahwin, anak itu pun layak.
BR1M: Ibu & bapa tunggal dan bujang yg ada tanggungan juga layak. Warga emas (sebatang kara) juga layak.
Untuk lebih informasi lanjut berkaitan kelayakan pemohon, sila KLIK SINI.
Sebarang kemusykilan boleh hubungi talian hotline yang akan mula beroperasi dari 7hb Disember 2011 hingga 10 Januari 2012 di nombor 1 800 222 500.
Post a Comment