Cuba baca perkataan yang MyMassa gariskan.
Tiada siapa yang pernah mengiktiraf Adam Adli sebagai pemimpin pelajar.
Adam Adli hanya sebahagian pelajar Universiti yang poyo dengan membuat satu grup, geng atau kumpulan yang mereka panggil NGO. Ahli dalam NGO tersebut mungkin hanya sekitar 10 orang.
Adakah dengan menurunkan gambar YAB PM, Adam Adli layak digelar pemimpin?
Itulah persoalan yang MyMassa cuba bawakan dan minta pembaca berfikir.
Sesiapa yang pernah menjadi mahasiswa akan tahu bagaimana keadaan di kampus yang begitu sibuk dengan tugas universiti. Jika ada masa terluang, masa yang tinggal digunakan untuk melibatkan diri secara aktif dengan program akademik atau ko-kurikulum anjuran pihak HEP.
Itu kisah mahasiswa yang kebanyakannya tinggal di kolej kediaman. Bagi yang tinggal di luar kolej, mungkin ada mahasiswa yang menggunakan lebihan masa untuk bekerja secara sambilan bagi menampung kos sewa rumah dan minyak kenderaan.
Dan wujud juga sekumpulan pelajar yang telah direkrut oleh parti politik melalui proses pengkaderan yang sistematik. Selalunya bagi parti PAS, mereka akan menyusup masuk melalui usrah dan persatuan pelajar Islam. Kumpulan pelajar ini telah diperdaya oleh pembangkang serta dihasut untuk tidak mengikuti program akademik atau ko-kurikulum yang dianjurkan oleh pihak universiti.
Hasil 'berjuang' atas tiket politik, jarang sekali kumpulan pelajar ini mendapat pointer yang tinggi. Lihat sahaja pointer Adam Adli yang hanya 2.80. Sepatutnya sebagai pelajar jurusan pendidikan, Adam perlu mendapat pointer yang lebih tinggi kerana satu masa nanti dia akan menjadi pendidik. Bagaimana kualiti guru yang terhasil dengan pointer di bawah 3.00. Mungkin benar kata pepatah, situasi guru kencing berdiri dan murid kencing berlari akan berlaku. Ertinya kualiti murid yang dihasilkan oleh guru seperti Adam Adli pastinya lebih rendah daripadanya.
Berbalik kepada kumpulan mahasiswa pro parti politik ini, mereka ini tidak mempunyai rakan yang ramai. Ada di antara mereka boleh dianggap sebagai LOSER atau kera sumbang yang hanya bergaul dengan kumpulan mereka sahaja. Jika berdasarkan realiti ini, bagaimana kumpulan kera sumbang ini boleh diiktiraf sebagai pemimpin pelajar?
Kepada media propaganda pro pembangkang, adalah sangat tidak tepat melabelkan Adam Adli sebagai pemimpin pelajar kerana bagaimana hendak memimpin pelajar lain sedangkan pointernya hanya 2.80?
*Fikir-fikirkan.
+ comments + 1 comments
Adam adli sekadar mahasiswa tempelan , perasan yang dia konon mewaakili mahasiswa lain..prirraahhhh..
Post a Comment