Label 10

Home » » MAK AYAH !! KEPUTUSAN PMR KHAMIS INI !! KHIDMAT SMS D SEDIAKAN !!

MAK AYAH !! KEPUTUSAN PMR KHAMIS INI !! KHIDMAT SMS D SEDIAKAN !!

Written By AAKJ on Tuesday, December 20, 2011 | 2:52 AM


KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 akan diumumkan Khamis ini.

Menurut satu kenyataan Kementerian Pelajaran Isnin, analisis keputusan PMR akan diumumkan di Putrajaya pada hari berkenaan.

“Calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas 10 pagi pada hari sama,” menurut kenyataan itu.

Mulai tahun ini, kementerian memperkenalkan khidmat semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888yang diaktifkan mulai 10 pagi Khamis hingga 12 tengah malam, 28 Dis.

Maklumat lanjut berhubung khidmat pesanan ringkas (SMS) itu boleh diperoleh di laman sesawang kementerian www.moe.gov.my.

Seramai 481,292 calon menduduki peperiksaan PMR di seluruh negara tahun ini. – BERNAMA

Sumber: Klik Sini
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger