Label 10

Home » » KELANTAN SIFAR AIDS TAHUN 2015 ?? NIK AZIZ YAKIN ?!!

KELANTAN SIFAR AIDS TAHUN 2015 ?? NIK AZIZ YAKIN ?!!

Written By AAKJ on Monday, December 19, 2011 | 1:29 PM

KOTA BHARU – Golongan homoseksual berisiko dijangkiti virus Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit (HIV) lebih 44 kali ganda berbanding hubungan jenis di antara wanita dan lelaki yang hanya berisiko empat kali ganda.
Kaunselor HIV dan AIDS Negeri, Zaimah Husin berkata, di Kelantan penularan seks sesama jenis kini menjadi trend di kalangan golongan profesional termasuk pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT).
”Apa yang kita lihat, gaya hidup yang menggunakan istilah (MSM) “Men Having Sex with Men” melibatkan golongan berkenaan.
”Jika sebelum ini Jabatan Pembangunan Islam (JPI) menjalankan tinjauan terhadap perlakuan seks bebas di kalangan pasangan wanita dan lelaki namun kini pihak terbabit turut menjalankan operasi bagi membanteras perlakuan seks antara pasangan gay,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di program kesedaran HIV dan AIDS di dewan gelanggang seni, kelmarin.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri, Abdul Fattah Mahmood.
Zaimah berkata, dalam tinjauan yang dilakukan JPI, pihak terbabit pernah menemui pasangan yang melakukan seks songsang, berusia lingkungan 55 tahun bersama pasangan berusia 20-an.
“Golongan terbabit amat berisiko dijangkiti HIV, disebabkan amalan hidup mereka yang songsang yang melawan fitrah manusia yang dijadikan hidup berpasangan dengan pernikahan yang sah.
”Bagi mendekati golongan berkenaan pihak kami turut turun bertemu pimpinan masyarakat agar masyarakat tidak memandang serong terhadap golongan itu. Dengan cara ini diharap dapat menimbulkan kesedaran dalam kalangan mereka supaya dapat kembali ke pangkal
jalan dan menjalani kehidupan yang lebih baik,” katanya.
Zaimah berkata, masyarakat juga harus lebih prihatin terhadap kes seumpama ini yang berlaku di sekitar dan sekiranya terdapat situasi terbabit, mereka perlu laporkan kepada pihak berwajib.
”Selain itu, kami juga akan mengadakan program dengan kerjasama pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-RI), JPI dari masa ke semasa bagi menangani gejala ini di samping mencapai sasaran sifar AIDS pada tahun 2015,” katanya.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger