Siapa kata PAS tidak mampu membawa kemajuan kepada rakyat? Untuk makluman pembaca, PAS Kelantan melalui syarikat kendalian anak menantu MB telah berjaya membangunkan sebuah bandar baru di pinggir Kota Bharu. Malah sebuah perbadanan (ala-ala Putrajaya Holding) telah turut ditubuhkan bagi mengurus selia pembangunan pesat melalui pelaburan ekonomi yang bakal dinikmati.
Jom kita santai ke sana!
Kunjungan kita disambut dengan sebuah monumen Perahu Pecah yang Hampir Karam di pintu gerbang bagi melambangkan kemiskinan yang membelenggu rakyat Kelantan selama lebih 20 tahun di bawah pemerintahan PAS.
Indah bukan? Malah dapat diperhatikan dengan jelas banyak lagi premis-premis perniagaan yang bakal dibina tidak lama lagi. Kadar harga bagi setiap premis yang disediakan di sekitar bandar baru ini dikatakan telah ditetapkan bernilai tidak kurang daripada RM500,000 sebuah bagi mengekalkan prestijnya dan memastikan tiada rakyat tempatan yang tidak berkemampuan daripada memilikinya.
Ini merupakan satu tindakan bijaksana daripada Kerajaan negeri PAS yang tidak mahu membebankan kantung perbendaharaan negeri dengan hutang-hutang yang tidak dapat dipungut daripada usahawan-usahawan Melayu yang kuang berkemampuan dan berdaya saing.
Di bawah inilah syarikat yang telah berjaya membangunkan Bandar Baru Tunjong dan perbadanan yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan bandar baru tersebut. Kejayaan pembangunan Bandar Baru Tunjong ini telah membuktikan bahawa kronisme yang diamalkan dalam pentadbiran dan pembahagian projek Kerajaan PAS Kelantan tidak pernah memberikan impak yang negatif kepada rakyat.
Anda sendiri boleh nilaikan. Mana ada berlaku penyelewengan?!!
Jadi kepada kapitalis DAP seluruh Malaysia, tunggu apa lagi? Inilah masanya untuk anda semua merebut kesempatan daripada kek ekonomi Kelantan yang selama ini didominasi oleh Melayu Kelantan. Jangan lepas peluang!
Post a Comment