Label 10

Home » » ISU MURTAD D SELANGOR PUNCA HASSAN ALI TAK JADI CALON ?!!

ISU MURTAD D SELANGOR PUNCA HASSAN ALI TAK JADI CALON ?!!

Written By AAKJ on Friday, December 23, 2011 | 6:37 AM


 KUALA LUMPUR, 20 DIS : Unit Selamatkan Akidah yang ditubuhkan oleh Datuk Dr Hassan Ali berjaya “memulihkan” 41 umat Islam yang murtad sebelum ini, kata Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor itu hari ini.

Unit di bawah potfolio Agama dan Adat Resam Melayu yang dipegang oleh Hasan sedang diperkasakan kerana tanggungjawbnya semakin mencabar dengan peningkatan aktivi memurtadkan orang Islam.

"Unit yang boleh selamatkan akidah, nasib dan umat Islam dan kami sedang mengukuhkan unit itu dalam masa 12 bulan ini. Apabila kami memperkasakan unit ini, kami dapati 41 umat Islam yang telah menukar agama dan mereka ini berumur di antara lingkungan 30 hingga 60 tahun dan yang ramainya perempuan" kata beliau.

Beliau mendedahkan jumlah mereka yang memohon untuk murtad meningkat di Selangor.

"Dari semasa ke semasa yang dikatakan, di Petaling Jaya, Kelana Jaya dan beberapa tempat yang lain, bukan 40, berkemungkinan 100, bukan 100 tetapi berkemungkinan hingga sampai 1,000, saya tidak tahu sehingga seseorang membuat statistik tentang ini dan mengumpul maklumat tersebut," katanya.

Minggu lalu ketika berucap di Majlis Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) di Kuala Kangsar, Hasan dan Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim menzahirkan kebimbangan mereka terhadap isu pemesongan akidah di negara ini.

Hasan berkata beberapa langkah telah diambil bagi mengatasi isu ini di Selangor termasuk memastikan bantuan Lembaga Zakat Selangor sampai kepada golongan daif dan miskin yang sering menjadi sasaran golongan pemesong akidah.

"Kita minta bantuan daripada Lembaga Zakat, kita tengok permohonan bantuan mereka dan kita hantarkan kepada Lembaga Zakat dan kemudian kita berikan bantuan kepada mereka, bermakna kita dalam usaha membantu mereka dengan harapan mereka akan kembali kepada Islam," kata beliau.

Kebanyakan badan bukan kerajaan (NG0) Islam sebelum ini membuat kajian yang mendedahkan masalah murtad di negara ini berkait rapat dengan kedudukan sosia ekonomi di kalangan orang Islam.

Lantaran itu, usaha menyebarkan agama bukan Islam di kalangan ummah rancak digerakkan di kalangan orang Islam yang miskin dan daif.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger