Menurut Dr.Hasan “pendakwah kristian” kini menjadikan Malaysia khususnya Selangor dan Perak sebagai fokus ‘serangan” dengan menampilkan tokoh-tokoh berpelajaran dalam misi mereka.
Katanya sesetengah berkelulusan PhD yang datang khas dari Amerika Syarikat, Australia, UK, Belanda, German malah juga dari Indonesia dengan matlamat memurtadkan umat lslam di sini.
“Di Selangor mereka ada unit khas untuk umat Melayu saja. Mereka kita anggap seperti tentera pemesong akidah . . .mereka dilatih boleh hidup dalam semua keadaan untuk menjalankan tugas tersebut.
“Mereka sanggup duduk dengan masyarakat orang asli, sanggup bergaul dengan orang-orang kaya serta golongan sederhana (middle class).
“Mereka sudah boleh membaca pemikiran kita dan menggunakan cara psikologi sehingaa berjaya memukau orang-orang Melayu menjadi murtad.
“Ada majlis di Genting Highland di mana pendakwah berbangsa melayu memakai jubah datang berceramah mengenai kristian . . .tidakkah ini menakutkan kita”
Beliau juga mendedahkan paderi-paderi kristian sudah memasuki masjid-masjid menunaikan solat (contoh solat zohor) macam orang lslam lain.
Tujuan mereka ialah untuk menyerap masuk ke dalam masyarakat lslam sebelum mereka menjalankan jarum menghasut orang Melayu meninggalkan lslam dan menyertai kumpulan mereka.
Dr.Hasan berkata hasil Unit Selamat Akidah yang beliau tubuhkan baru-baru ini mendapati 51 orang Melayu (yang datang menemuinya) mengalami pembaptisan menjadi kristian manakala 40 lagi sudah minum holy water.
SILA KE SINI UTK LEBIH LANJUT :
PEMERHATI SEMPOI ISU TERKINI http://networkedblogs.com/rLGHu
Post a Comment