Timbalan Pengerusi DAP Negeri P. Ramasamy perlu memohon maaf secara terbuka berhubung kenyataan “godfather” dan menjaga akhlaknya serta menghormati pemimpin veteran, kata Pengerusi parti Karpal Singh.
Bagaimanapun dalam reaksinya Ramasamy pula menegaskan, beliau lebih bersedia untuk meninggalkan parti daripada meminta maaf.
“Jika saya perlu meninggalkan parti, saya akan meninggalkan parti. Saya bukan mengejar jawatan dan saya tidak berminat dengan perkara-perkara sedemikian,” kata beliau dalam ucapannya pada Persidangan DAP Pulau Pinang di sini hari ini.
Terdahulu, Karpal (gambar) berkata tanpa pemimpin veteran yang berjuang dan berkorban masa serta tenaga membina parti, sudah tentu DAP tidak akan berada dalam kedudukan sekarang.
“Siapa yang bina DAP? Pemimpin veteran yang membina parti dan jangan sekali-kali lupa pengorbanan pemimpin-pemimpin ini. Pemimpin-pemimpin hari ini tidak akan menjadi pemimpin tanpa pengorbanan mereka,” katanya ketika berucap pada persidangan yang sama.
Laporan Bernama Online menyebut, ucapan Karpal yang membidas Ramasamy itu menimbulkan kekecohan di kalangan penyokong Timbalan Ketua Menteri II itu.
Bagaimanapun keadaan dapat dikawal dan kembali tenang.
Karpal turut membidas Ramasamy kerana melabelkan dirinya sebagai “godfather”.
“Godfather menggambarkan imej kumpulan mafia, DAP tidak pernah bertoleransi dengan mafia,” katanya.
Selain itu, Karpal juga mengkritik Ramasamy kerana cuba melakukan sesuatu mengikut caranya sendiri.
“Tiada siapa pun yang boleh menjadi panglima perang dalam DAP, termasuk Ramasamy dengan cuba menamakan nama calon-calon pilihannya,” katanya.
Sebelum ini, Ramasamy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Prai dilaporkan telah mengumumkan dalam satu majlis baru-baru ini bahawa beliau dan tiga calon wanita India bakal bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.
Berikutan itu, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor memberi amaran kepada Ramasamy supaya tidak mengumumkan konco-konconya sebagai calon.
Dalam perkembangan lain, kira-kira 150 anggota pertubuhan bukan kerajaan mengadakan demonstrasi sebagai bantahan ke atas
RSN Rayer dan A Thanasekaran masing-masing wakil rakyat kerusi Seri Delima dan Bagan Dalam berhubung isu yang sama serta menyatakan sokongan mereka terhadap kepimpinan Ramasamy.
Kesemua peserta demonstrasi membawa lapan kain rentang dalam bahasa Malaysia dan bahasa Tamil yang mengutuk Rayer dan Thanasekaran di samping menyatakan sokongan kepada Ramasamy.
*Salah satu adegan dalam cerita Godfather Karpal, mafia yang menyuruh geng bulan tolak Hudud.

Post a Comment