Rafiqul Islam, 30, menutup mata isterinya, Hawa Akhter, 21, dan meletakkan pita pelekat
ke mulut isterinya serta memberitahu akan memberikannya hadiah kejutan.Sebaliknya lelaki
ini memotong kelima-lima jari kanan nya menggunakan parang kemudian ditinggalkan selama hampir tiga jam dalam keadaan berdarah.Salah seorang saudara Rafiqul telah membuang jari Hawa ke dalam tong sampah untuk memastikan doktor tidak dapat menyambungkannya semula.Hawa Akhter berkata bahawa dia akan meneruskan pembelajaran dan sekarang sedang belajar menulis dengan tangan kiri.Rafiqul yang merupakan seorang pekerja asing di Emiriah Arab Bersatu (UAE), telah memberi amaran kepada isterinya akan 'akibat teruk' jika dia tidak berhenti belajar.
''Selepas Rafiqul pulang ke Bangladesh, dia mahu mengadakan perbincangan dengan
saya tetapi tiba-tiba, dia menutup mata saya dan mengikat tangan saya.Dia juga
melekatkan pita pelekat ke mulut saya dan mengatakan bahawa dia akan memberikan
saya beberapa hadiah kejutan, sebaliknya dia memotong jari saya. ''Kata Hawa kepada
The Times.Hawa kini sudah kembali tinggal dengan kedua ibu bapanya.
Mohammed Saluddin, Ketua Polis Bangladesh berkata bahawa Rafiqul telah mengaku selepas dia ditahan di ibu negara, Dhaka, dan akan menghadapi pertuduhan.Kumpulan
hak asasi manusia menuntut hukuman penjara seumur hidup.Lelaki ini bertindak sedemikian ke atas isterinya kerana cemburu tentang kenyataan bahawa dia hanya mempunyai gred
lapan pendidikan standard sementara isterinya akan melanjutkan pelajaran
untuk mendapatkan ijazah.
Pada bulan Jun lalu pula, seorang lelaki yang menganggur mencungkil mata isterinya,
seorang penolong profesor di Universiti Dhaka, juga kerana perbezaan pendidikan,
akibat melanjutkan pendidikannya di Universiti Kanada.
Post a Comment