Label 10

Home » » FAKTA !! STATISTIK RASUAH MAKIN MENURUN !!

FAKTA !! STATISTIK RASUAH MAKIN MENURUN !!

Written By AAKJ on Friday, December 2, 2011 | 7:26 AM





Barometer rasuah di Malaysia bertambah baik tahun ini


KAJIAN Transparency International (TI) mendapati barometer rasuah (CB) di Malaysia meningkat baik daripada 48 kepada 49 peratus tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz. Beliau yang juga menteri bertanggungjawab terhadap Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) mengenai rasuah bagaimanapun berkata Indeks Persepsi Rasuah (CPI) TI menurun daripada 4.4 tahun lepas kepada 4.3 tahun ini.

Beliau berkata bagi CPI di Malaysia yang menurun daripada 4.4 kepada 4.3 tahun ini, telah meletakkan negara pada kedudukan ke 60 berbanding 56 pada tahun sebelumnya. “Ia menggunakan data daripada 12 kajian mengikut Panduan Khidmat Risiko Politik Negara, Indeks Peraturan Undang-Undang Projek Mahkamah Dunia dan Indeks Suapan-Pembayar Transparency International (TI-BPI) yang dimasukkan sebagai bahan baru di tahun 2011,” katanya.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamed dalam kenyataan yang sama berkata usaha sudah pun dimulakan mencegah rasuah besar di mana SPRM sudah memulakan satu program transformasi. Antara lain, katanya, program tersebut bertujuan mengukuhkan lagi keupayaan SPRM melalui siasatan forensik.

“SPRM sebenarnya telah memulakan program transformasi yang akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat di seluruh institusi yang tujuannya antara lain memperbaiki usaha forensik dalam mengendalikan kes-kes yang rumit. “SPRM perlu bekerjasama dengan semua agensi penguatkuasa dan badan-badan pendakwaan dalam mengendali isu rasuah dari sudut penguatkuasaan,” kata Abu Kassim.

BERNAMA
rasuah di malaysia menurun
sumber : kosmo
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger