DARI RAKAN FACEBOOK
TERIMAKASIH
Anwar Kata Malaysia Pinjam Bank Dunia Tahun 1999 , Data IMF tunjuk 'NONE' ? Siapa yang Menipu? Anwar atau IMF?
Dalam 'press conference' pada hari Ahad (18/12/2011) , Tun Mahathir menjelaskan beliau telah menolak pinjaman dari Bank Dunia pada tahun 1999 untuk bantuan dana semasa krisis kewangan 1999.
Wakil Bank Dunia yang telah datang untuk betemu dengan Tun Mahathir pada masa itu mencadangkan beberapa perkara. Tan Sri Nor Mohd Yakop yang kebetulan ada di sidang akhbar menjelaskan seperti berikut;
"Wakil bank dunia itu telah mencadangkan kepada Dr Mahathir untuk menambah kadar faedah rumah, kerajaan pula tidak boleh belanja dan bank negara harus tarik balik semua pinjaman untuk elakkan krisis ekonomi."
Iaitu sekiranya Tun Mahathir menerima bantuan dana untuk berdepan dengan krisis kewangan 1999, maka perkara2 yang dinyatakan di atas terpaksa di laksana oleh kerajaan.
Post a Comment