KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang. Beliau memberi alasan bahawa perjuangannya untuk membersihkan air Kelantan masih belum tercapai.
Nik Abdul Aziz, 80, yang menjadi Menteri Besar Kelantan selepas pilihan raya umum 1990 menegaskan bahawa membekalkan air bersih kepada rakyat negeri ini merupakan janji pilihan rayanya yang pertama sebelum menjadi Menteri Besar. Sehingga kini beliau belum berjaya menunaikan janjinya walaupun telah melantik menantunya sendiri sebagai pegawai syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. Oleh kerana kegagalannya menunaikan janji bapa mertuanya, Ariffahmi telah dinaikkan pangkat menjadi CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Kenaikan tersebut dikatakan kerana Ariffahmi berjaya membahagiakan anak kesayangan Nik Aziz, Nik Amalina.
“Insya-Allah saya akan bertanding lagi selepas ini. Saya tak kisahpun orang panggil saya diktator tua kerana memang saya seorang diktator. Dulu ada Gaddafi sebagai pesaing, sekarang ni sayalah diktator paling unggul dalam dunia,” katanya(gambar) kepada pemberita di sini hari ini. - Agensi Haramkah.
Berita sebenar...
TQMYMASSA
+ comments + 1 comments
nok tanding lg deh, tok penatk ko pok nik nih? tughon la pok nik, bagi oghe lae ler plok
Post a Comment