Label 10

Home » » BUKTI BERGAMBAR !! SYIAH HALALKAN TUKAR JANTINA !! PAS TUTUP MULUT ?!!

BUKTI BERGAMBAR !! SYIAH HALALKAN TUKAR JANTINA !! PAS TUTUP MULUT ?!!

Written By AAKJ on Thursday, December 8, 2011 | 4:11 PM

Pada tahun 1976, pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ruhollah Khomeini mengeluarkan fatwa untuk membenarkan mereka yang mengalami gangguan hormon menukar jantina jika mereka mahu, serta menukar sijil kelahiran mereka. 


Tahun lepas, 70 transeksual telah didaftarkan di Khomenei Relief Center, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang meminjaman wang kepada transeksual untuk membantu mereka membayar pembedahan dan memberi bantuan psikologi. Athena, 20, dan Milad, 30, adalah antara dua transeksual di Iran. Pasangan yang telah bertemu tiga tahun lalu di pusat tersebut menjadi rakan baik disebabkan menjalani pengalaman hidup yang sama.


Milad, transeksual berusia 30 tahun di Iran, membuat panggilan perniagaan sementara terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas di Tehran. Dia bekerja sebagai ejen hartanah dan dilahirkan di Kajouri. Pada awalnya, dia adalah seorang budak perempuan yang hanya berminat bermain permainan budak lelaki.

Milad di atas sebatang jalan raya di Tehran.

Milad membantu ibunya menyediakan makanan di dapur. Dia menjalani 23 pembedahan untuk menjadi seorang lelaki.

Milad menunjukkan kesan terapi hormon pada badannya.


Athena, transeksual berusia 20 tahun di Iran. Semasa masih seorang budak lelaki, Athena sering bermain dengan pakaian ibunya dan gemar memakai alat solek. Bapanya tidak senang dengan tabiat anaknya itu kerana bimbang anaknya menjadi homoseksual yang haram di sisi undang-undang dalam budaya Islam. Dua tahun lalu, Athena menjadi seorang perempuan.




Athena bersama ibu, kakak dan anak saudara perempuannya.

Athena membawa teh untuk bapa dan kakaknya di rumah mereka di Tehran.

Athena dan Milad di rumah Athena di Tehran.

Milad sedang memegang anak saudara Athena.


sumber : Iranian Transsexuals by Alexandra Boula

A.S kongsikan fakta berikut:

Siapa Ayatollah?

Ayatollah adalah gelaran tertinggi yang diberikan kepada ulama Syi'ah. Mereka yang memiliki gelaran tersebut adalah mereka yang terdiri daripada golongan yang berpengetahuan/profesionalis Islam terhadap ilmu-ilmu agama seperti syari’ah (hukum Islam), falsafah Islam, pengajian Islam dan etika hidup. Mereka seringkali mengajar dalam seminar Islam.

Siapa pemimpin tertinggi Iran?

Jawatan pemimpin tertinggi diperkenalkan dalam Perlembagaan Iran sebagai ketua tertinggi dalam kerajaan Iran dan juga ketua agama Iran. Panggilan 'tertinggi' digunakan hanyalah untuk tujuan hormat tetapi ia tidak terkandung dalam Perlembagaan Iran.

Pemimpin tertinggi lebih berkuasa daripada presiden Iran. Iran telah mempunyai dua orang pemimpin tertinggi iaitu Ayatollah Ruhollah Khomeini (1979–1989) dan Ayatollah Ali Khamenei (1989–kini).

Kesimpulannya??



TQ ANAK SEBERANG
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger