Label 10

Home » » AKAUN TOKEY FACEBOOK KENA GODAM !!

AKAUN TOKEY FACEBOOK KENA GODAM !!

Written By AAKJ on Thursday, December 8, 2011 | 5:58 PM



Beberapa keping foto peribadi yang di ambil dari laman Facebook peribadi milik pengasasnya Mark Zuckerberg telah didedahkan kepada umum hari ini selepas seorang pakar penggodam web berjaya untuk mengakses foto-foto terbabit berikutan terdapat beberapa kelemahan keselamatan di laman rangkaian sosial terkenal itu.


Dipercayai banyak lagi gambar-gambar yang di'private'kan oleh Mark Zuckerberg di akaunnya yang dikatakan agak 'sensitif' tetapi ia tidak disiarkan.


Dilaporkan bahawa Facebook mengatakan kelemahan ini hanya sementara dan kini telah dipulihkan - bermakna bahawa para pengguna boleh mengakses gambar-gambar dari akaun pengguna yang lain walaupun ia di'private'kan.



Seorang jurucakap Facebook memberitahu sumber bahawa kerosakan yang berlaku itu kerana 'salah satu kod kami yang paling terkini menolak' tetapi ia hanya bersifat sementara sahaja dan memberi jaminan bahawa bukan semua kandungan yang di'private'kan dari akaun Facebook dapat diakses.

Jurucakap itu turut menyatakan bahawa sistem keselamatan Facebook telah dipertingkatkan selain menyatakan komitmen tapak rangkaian sosial terkenal itu untuk mempertingkatkan jaminan privasi data penggunanya.


Kelemahan sistem sekuriti Facebook itu telah menyebabkan gambar kehidupan peribadi Zuckerberg tersebar apabila seorang jurutera perisian Mike Rundle dari Raleigh, North Carolina, Amerika Syarikat menghantar link tersebut ke laman web perkongsian foto Imgur.Tetapi Rundle mendakwa bahawa pertama kali beliau melihat gambar-gambar tersebut di dalam sebuah link dari forum Hacker News Online. .



Gambar Mark Zuckerberg ketika bertemu dengan Presiden Barack Obama



Teman wanita Zuckerberg , Priscilla Chan dilihat di dalam kebanyakan gambar-gambar yang di akses itu. Sesetengah daripada ia boleh dilihat secara umum pada profil Facebooknya , tetapi yang lain dikatakan telah ditetapkan settingnya kepada private.

Mark Zuckerberg , 27 tahun,yang kini menetap di Palo Alto, California, dikatakan mempunyai kekayaan sebanya USD 17.5billion dan turut dilaporkan telah membelanjakan sejumlah USD 7 juta untuk membeli sebuah rumah agam yang mempunyai lima bilik tidur, lima bilik mandi pada Mei lalu.

Rumah yang dibina pada tahun 1903 lengkap dikelilingi tembok batu dan pokok-pokok di kawasan luarnya yang menawarkan privasi kepada beliau yang jauh berbeza daripada rumah sewa lamanya yang hanya mempunyai keluasan 3800 kaki persegi.

Gambar Mark Zuckenberg buat sushi pun tersebar.....
Pasangan jutawan rangkaian sosial ini bergambar di sebuah restoran 
Mark Zuckerberg bergambar bersama rakan-rakannya di dapur rumah agamnya yang mewah.
Bergambar dengan seorang kawannya di sebuah pantai. 


Mark Zuckerberg adalah anak kepada seorang doktor gigi di New York kini menetap di Palo Alto sejak beliau memindahkan pejabat operasi Facebook ke  Lembah Silikon (Silicon Valley) di California dari bilik asramanya di Harvard sejak Facebook diasaskan pada tahun 2004.

Kisah kehidupan mengenai genius teknologi IT ini yang berasal dari Dobbs Ferry di New York,  turut dipaparkan dilayar perak pada tahun 2010 melalui sebuah filem yang berjudul The Social Network , di mana watak beliau dimainkan oleh pelakon Jesse Eisenberg.

TQMAIDARIBENDANG
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger