Selepas mempertikaikan pengorbanan perwira-perwira negara yg berkorban nyawa menghancurkan komunis, boleh pulak Pas berlapang dada mempertahankan bendera Jalur Gemilang.
21 Ogos 2011 yg lepas, Pas melalui Mat Sabu bukan saja memperlekehkan perwira negara malah menghina jasa pengorbanan pejuang kemerdekaan negara seperti Tun Hussien Onn dan Tunku Abdul Rahman.
Mat Indera yg mengetuai suku sakat komunis di angkat sebagai hero, anggota polis Bukit Kepong yg dibunuh kejam oleh pengganas komunis dilekeh-lekehkan.
Lebih dari itu Mat Sabu turut menghina lagu Negaraku dengan menganggapnya sebagai ciplak drpd lagu terang bulan.
Demikian jugak Mat Sabu turut seakan menghina bendera kita & kemerdekaan negara apabila mengiakan fahaman segelintir anak muda pro Pas yg menganggap tiada gunanya menyambut kemerdekaan negara atas sebab kononnya bendera kita serupa seperti bendera Amerika.
“Ertinya sambut merdeka ni seolah-olah kepunyaan umno, sebab tu kita lihat tulisan-tulisan, blog-blog kebelakangan ni, anak-anak muda kata “umph sambut buat apa”, bendera pun dia kata serupa bendera Amerika.
“Lagu negaraku pulak, lagu Hawai. Kemudian diterjemahkan lagu jadi Terang Bulan di Indonesia, kemudian jadi lagu Negaraku.”
“Mula-mula saya ingat budak-budak ni melawak. Hari tu anak saya tunjuk, dia bukak YouTube, dia kata ayah dengak, ini lagu Terang Bulan di Indonesia, ini lagu Negaraku. Hundred percent serupa,ertinya lagu ni lagu di ambik daripada lagu Terang Bulan, bukan lagu patriotik apa-apa pun. Sebab tu kita harap,… takpalah dah guna pakai nak buat macamana”.
“Tapi kita lihat cara yang dibuat itu memang banyak yang tak kena. Bila hari merdeka nanti tunjuklah filem Bukit Kepong. Bukit Kepong polis itu, polis British. Hak serang Bukit Kepong tu lah pejuang kemerdekaan, ketuanya Mat Indera… Melayu, tetapi semua sejarah itu ditutup”
“Jins Samsudin buat filem, Jins Samsudin tu umno. Cerita Bukit Kepong hak serang Balai Polis tu penjahat. Polis tu polis British, sebelum merdeka, negara kita diperintah oleh British, tapi dibuat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas. Padahal Mat Indera, ketua penyerang balai polis itu dan akhirnya dia dihukum gantung di Jail Taiping”. - (Mat Sabu / Tasek Gelugor / 21 Ogos 2011)
Kelancangan M. Manoharan menghina bendera Malaysia berlaku selepas Mat Sabu mempertikaikan kemerdekaan negara dgn mengangkat Mat Indera komunis sebagai sebagai hero dan di dalam ceramah yg sama jugak Mat Sabu memandang rendah bendera negara serta menghina lagu Negaraku sebagai ciplak.
Baca seterusnya di XpressMinda
Post a Comment