Label 10

Home » » VIDEO ANWAR MENUTOH PELACOR !! POLIS SUDAH SEDIA HERET ANWAR MENIPU ?!! LAMBATNYEEEE !

VIDEO ANWAR MENUTOH PELACOR !! POLIS SUDAH SEDIA HERET ANWAR MENIPU ?!! LAMBATNYEEEE !

Written By AAKJ on Monday, November 14, 2011 | 11:51 PM




Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kertas siasatan ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan memberi maklumat palsu ketika disoal siasat berkenaan video seks, yang dipertontonkan oleh “Datuk T” Mac lalu, telah diserahkan kepada Peguam Negara.

Bagaimanapun Hishammuddin berkata, beliau tidak mengetahui kes itu secara terperinci termasuk beberapa kes lain yang melibatkan Anwar dengan pihak polis.

Beliau menambah, polis hanya menjalankan tugas dalam konteks siasatan dan Peguam Negara akan memutuskan sama ada mahu membuat pendakwaan atau tidak.

“Sama ada ia dibawa ke mahkamah atau tidak akan ditentukan oleh Peguam Negara, saya tidak boleh mengulas lanjut, namun apa yang dimaklumkan oleh Tan Sri Ismail Omar (Ketua Polis Negara) kepada saya bahawa kertas siasatan itu telah dipanjangkan kepada Peguam Negara,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan PJP/KP, Komander dan Komandan di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini.

Siasatan terbaru itu dibuka selepas pegawai penyiasat kes video DSP Shanmugan Moorthy membuat laporan polis mendakwa Anwar dengan sengaja memberi maklumat palsu, yang diklasifikasikan sebagai satu kesalahan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

Siasatan itu dijangka akan memberi tekanan ke atas Anwar, yang sebelum ini telah menafikan bahawa pelaku dalam video seks dengan seorang pelacur itu adalah dirinya



TQMIM
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger