Label 10

Home » » VIDEO !! AHLI PARLIMEN MACHANG YG MUNAFIK CUBA SALAHKAN SIAPA ?!!

VIDEO !! AHLI PARLIMEN MACHANG YG MUNAFIK CUBA SALAHKAN SIAPA ?!!

Written By AAKJ on Tuesday, November 15, 2011 | 3:56 PM


Bila kita melihat kepada cara penampilan pemimpin pembangkang ini, lagaknya seperti seorang pejuang rakyat. Bila kita melihat cara percakapan pemimpin ini lagaknya seperti memperjuangkan nasib rakyat dan bila kita melihat kesungguhan pemimpin ini
lagaknya seperti mendahulukan rakyat. Itu adalah satu sifat yang wajib diterampilkan oleh pembangkang. Kita tidak boleh nafikan. Hampir semua pembangkang lagaknya tak jauh beza. Tidak kira daripada pemimpin de facto sehinggalah kepada Adun
mereka.
Lagak mereka ini ada kalanya berjaya mempengaruhi rakyat hanya dengan kata-kata yang mengambarkan mereka itu adalah pejuang rakyat. Malangnya semua itu hanyalah satu topeng plastik yang dipakai hanya untuk meraih simpati rakyat supaya
menyokong mereka. Mereka juga akan sentiasa mencari sesuatu isu menarik untuk menunjukkan bahawa pemerintah adalah golongan yang tidak mempedulikan nasib rakyat dan hanya mementingkan diri sendiri sahaja. Ini perkara asas bagaimana
pembangkang menjalankan tugas mereka.

Salah satu contoh terbaik pembangkang adalah Saifuddin Nasution yang sedang galak menyalak bersama seorang CEO Pejabat Punaisihat Ekonomi Kerajaan Selangor iaitu Rafizi Ramli. Saifuddin sedang seronok membalun kononnya seorang Melayu
mempunyai kekayaan luar biasa dengan membeli sebuah kondominium berjuta ringgit. Lebih menarik duit tersebut kononnya diambil daripada duit pembayar cukai.  Maka lagak gayanya seperti seorang pejuang rakyat. Barua-barua pembangkang yang aktif
berFB dan Twiiter dah putus-putus mengiyakan apa yang dikata.

Malangnya semua tertipu dengan sandiwara Saifuddin. Video dibawah adalah lagak gaya seorang pejuang rakyat yang berjanji bermacam-macama sekiranya diberi kuasa.

Kalau belum diberi kuasa, hidup sudah seperti ini apa akan berlaku sekiranya mereka-mereka ini diberi kuasa memerintah. Janji akan tinggal janji. Bukti sudah ada. Apa yang berlaku kepada rakyat Selangor selepas mereka memerintah. Janji manifesto sehingga kini gagal dipenuhi. Hidup dengan rumah mewah hanya bersandarkan kepada elaun sebagai Ahli Parlimen bukan sebagai Exco ataupun Menteri Besar. Berapakah yang mampu mereka dapat daripada elaun tersebut? Adakah dengan elaun tersebut beliau mampu membina sebuah istana sebegini cantik.
Lebih malang nasib pengundi di kawasan sendiri seperti tidak mempunyai wakil rakyat.

Sudah cukup masa kita berikan kepada mereka untuk memerintah. Sifat hipokrit mereka sudah terserlah. Mereka menentang kenaikkan elaun Ahli Parlimen ketika pemerintah cuba memberi elaun lebih supaya perkhidmatan kepada rakyat menjadi lebih baik. Mereka merasakan kenaikkan elaun tidak perlu dalam keadaan rakyat susah. Akhirnya tembelang terbongkar, Elaun Adun kerajaan Selangor naik walaupun dalam keadaan rakyat Selangor susah dan dalam keadaan rakyat Selangor masih belum dapat melihat janji pilihanraya ditunaikan. Bukankah ini satu sifat hipokrit mereka.Ada janji cuba ditunaikan ketika hampir dengan pilihanraya. Itu bukannya satu tindakan bijak untuk memperdayakan rakyat

Sanggupkah kita tertipu lagi?

TQKITAGEMPUR
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger