Label 10

Home » » VIDEO !! 3 KLIP VIDEO NIK AZIZ 3 WATAK 3 STATEMENT 3 BODOH !!?

VIDEO !! 3 KLIP VIDEO NIK AZIZ 3 WATAK 3 STATEMENT 3 BODOH !!?

Written By AAKJ on Thursday, November 17, 2011 | 8:03 PM




Pas mu Pas aku,Buwi nippah baru tahu.:)



Anda bezakan diantara dua statement Nik Aziz ini mengenai pembangunan, selepas itu anda nilailah sendiri samada Nik Aziz benar Ulamak ataupun orang politik. Rakyat semua perlu sedar, lawan Nik Aziz bukan bererti melawan Nabi atau Ulamak, Nik Aziz adalah manusia politik yang bertopengkan agama, Menuduh tanpa bukti asas bukan GK punya stail, Kalau dulu Rakyat Kelantan menyokong PAS bukannya kerana jahil agama atau kurang cerdik, Tapi Rakyat tidak dapat melihat dengan jelas kerana waktu itu tiada kecanggihan seperti yang ada pada hari ini.

GK masih ingat semasa kanak-kanak dahulu, GK selalu didendangkan dengan ceramah-ceramah PAS oleh orang tua GK yang sememangnya tahap Taksub yang melampau. Sampai hari ini GK masih teringatkan beberapa rangkap pantun dari penceramah PAS yang GK lupa namanya.

"Nuar Muso Berehim Ali,
Gi ceramoh Pulau Melako,
Puok demo biar reti,
Lawan Islam masuk Neraka.

 Nuar Muso Berehim Ali,
Gi Ceramoh Pulau Melako,
Seekor buta seekor tuli,
Dua-dua masuk Neraka

Nuar Musa Berehim Ali
Gi Ceramoh Pulau Melaka
Malam ini kita uji
Siapa intan siapa kaca.

Dari beberapa rangkap pantun, Tiga rangkap pantun itu yang masih GK ingat setelah lebih kurang 15 tahun yang lalu, Cuba untuk cari di youtube namun gagal dijumpai ,Mungkin ramai diantara Rakyat Kelantan yang masih ingat bagaimana ceramah Pas dirakamkan didalam kaset tidak sepertimana hari ini menerusi Youtube, DVD, Facebook dan sebagainya.doktrin yang ditanam didalam jiwa GK tidak mampu untuk terus menyesatkan akidah GK, Alhamdulillah Allah bagi satu keistemewaan untuk seluruh rakyat yaitu dengan adanya rakaman Video seperti DVD, ianya mampu untuk salah satu pancaindera kita melihat akan kesesatan yang nyata dibawa oleh PAS.

Riak wajah serta pergerakkan badan dapat kita lihat,Jika kita hanya mendengar suara,susah untuk kita melihat keikhlasan dan ketokohan seseorang pemimpin. Jadi kita sebagai rakyat haruslah menggunakan semua pancaindera yang dianugerahkan olehnya. Jangan kerana taksub kita sanggup untuk bergelumang dosa dengan  puak-puak yang seakan Khawarij ini.

Moralnya anda mesti melihat perwatakkan seorang Ulamak yang mengaku perwaris kepada Nabi ini berbicara di tiga keadaan, Kemudian buka Al-Quran dan Hadis rujuklah samada percakapan dan perbuatan orang yang bergelar Tok Gharu ini selaras dengan kehendak Islam. Tanpa taksub anda mampu mengubahnya..Rakyat Kelate kalu nok tahu moden ke tak,Kita lihat PRU13 ini. Jika BN berjaya menawan Kelantan maknanya Rakyat Kelantan sudah berubah dan lebih terkedepan kerana mengikuti setiap pekembangan di alam maya. Kemas ore kelate, Kito bersatu uboh keraja'e , Puok kito mampu mengubohnyo... 


TQGELOMBANGKICK
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger