Label 10

Home » » TOLOL !! ANAK MATI KERANA IBU SIBUK BER "BBM"

TOLOL !! ANAK MATI KERANA IBU SIBUK BER "BBM"

Written By AAKJ on Wednesday, November 9, 2011 | 6:04 AM


Keasyikan dalam menggunakan Blackberry Messenger (BBM) memang sering dilihat kini dan BOLEH DIKATAKAN setiap waktu BERSAMA BBM bahkan banyak orang yang lupa diri kerana terlalu khusyuk. keasyikan ber BBM juga telah mengakibatkan kematian semalam. Di Baturraden, Banyumas,, 30 sept 2011, seorang ibu yang sedang seronok ber BBM sehingga tidak menyedari bayinya tertindih bantal sehingga menyebabkan bayi malang itu meninggal dunia.

kejadian malang berlaku sekitar pukul 11.45 semalam.ketika bapa kepada bayi tersebut pulang dari tempat kerja untuk Solat Jumaat,dia mendapati bayinya sudah lemas tak bersuara seperti biasa. Sementara sang ibu tengah asyik menggunakan BlackBerry-nya di ruang tamu. Seketika itu juga si bapa bergegas membawa bayinya ke klinik untuk memeriksakan keadaan bayinya.

tapi usahanya sia sia,apabila doktor mengesahkan bayi itu sudah tidak bernyawa lagi. Hasil pemeriksaan doktor, jantung bayi malang itu tak lagi berdenyut dan tidak ada tindak balas refleks dari pupil mata bayi itu terhadap cahaya.

“Saat datang ke klinik kami, bapak ini membopong bayinya didampingi sang ibu yang masih menggenggam BlackBerry-nya itu, setelah dokter menjelaskan semua keadaan yang ada, spontan sang bapak merampas BB istrinya itu dan melemparkan ke tembok klinik hingga hancur berantakan,”.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger