Produk utama bagi Projek Pemprosesan Salad dan Jus Buah-Buahan Tropika (produk salad dan jus buah-buahan) adalah buah-buahan segar yang telah dibersih dan dipotong dalam bentuk kecil yang sedia dimakan dan jus yang dihasilkan daripada buahan-buahan segar.
Projek ini dijalankan secara usaha sama dengan sebuah syarikat usahasama yang berpengkalan di Dubai, UAE. Projek ini juga dikatakan bakal memberi pulangan yang tinggi dalam tempoh 5 tahun pertama beroperasi dengan menjana keuntungan terkumpul berjumlah RM68.89 juta.
Bagaimanapun, berdasarkan semakan, keuntungan sebenar projek salad dan jus buah-buahan adalah SANGAT TIDAK MEMUASKAN kerana mengalami kerugian semenjak mula beroperasi pada tahun 2008 dan 2009 berjumlah RM5.46 juta berbanding dijangka memperolehi keuntungan berjumlah RM20.89 juta.
Premium Sanitised Products Sdn. Bhd (PSPSB), syarikat subsidiari PAISB yang menguruskan projek produk salad dan jus buah-buahan telah berhenti beroperasi pada bulan Februari 2010 iaitu setelah beroperasi selama 2 tahun.
Projek Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Sisa Buangan Kepada Bentuk Baja Organik Dan Makanan Ternakan (baja organik) dicadangkan berasaskan kepada proses pengitaran dan pemprosesan semula bahan buangan kilang salad buah-buahan serta sampah organik pasar borong.
Walaupun pengeluaran baja organik berstatus penyelidikan dan pembangunan tetapi ia dilaksanakan secara komersial dan pulangan atas pelaburan dijangka dapat diperolehi pada tahun keenam beroperasi.
Bagaimanapun, prestasi projek baja organik SANGAT TIDAK MEMUASKAN kerana gagal mencapai sasaran keuntungan yang ditetapkan pada tahun 2008 dan 2009 berjumlah RM1.55 juta. Premium Agro Products Sdn. Bhd. (PAPSB) syarikat subsidiari PAISB yang menguruskan projek baja organik mengalami kerugian pada tahun 2008 dan 2009 berjumlah RM0.76 juta dan juga telah berhenti beroperasi pada bulan Februari 2010.
Berdasarkan kertas cadangan Projek Pemprosesan Salad dan Jus Buah-Buahan Tropika dan surat perjanjian pinjaman Kementerian Kewangan, bekalan buah-buahan akan diperolehi dari ladang PKPS, Selangor Fruit Valley dan dengan mewujudkan program petanik kontrak yang melibatkan tanah pertanian seluas 8,500 ekar.
Keperluan buah-buahan bagi projek salad dan jus buah-buahan pada tahun 2008 hingga 2010 adalah sebanyak 22.47 juta kilogram. Semakan mendapati tanaman buah-buahan di Selangor Fruit Valley hanya melibatkan tanah seluas 2,471 ekar. Program petani kontrak ada dilaksanakan pada peringkat awal projek tetapi tidak diteruskan kerana menghadapi masalah seperti tanaman berpenyakit, kekurangan nutrien, buah-buahan tidak mengikut standard kualiti yang ditetapkan dan petani menghadapi masalah modal.
Lembaga Pengarah PAISB telah meluluskan premis projek pemprosesan salad dan jus buah-buahan disewakan sejumlah RM240,000 setahun dan premis pengeluaran baja organik disewakan sejumlah RM60,000 setahun.
Semakan mendapati pengurusan penyewaan tidak dibuat dengan teratur dan tidak ekonomik. Kadar sewa tahunan yang diluluskan kepada penyewa premis tidak mencukupi untuk PAISB menjelaskan ansuran tahunan pinjaman Kementerian Kewangan berjumlah RM5.30 juta.
Aset seperti kelengkapan dan kenderaan pejabat serta peralatan kilang yang disewakan bernilai RM14.50 juta tidak ditanda hak milik PSPSB atau PAPSB atau PAISB. Ini mewujudkan risiko kehilangan aset yang disewakan dan boleh menyebabkan PAISB menanggung kerugian.
Penyewaan premis projek pemprosesan salad dan jus buah-buahan dibuat kerana PSPSB mengalami masalah kewangan untuk menjelaskan tuntutan pemiutang PSPSB seperti Tenaga Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.
Perjanjian bekalan dan pembelian mesin yang ditandatangani oleh PSPSB, syarikat subsidiari PAISB dengan syarikat pembekal pada 15 Disember 2005 antaranya menetapkan kos mesin pemprosesan berjumlah EUR3.02 juta tidak termasuk kos tambahan seperti pemasangan, uji lari dan cukai kastam berjumalh EUR10,000, mesin akan sampai ke premis PSPSB dalam tempoh 120 hari atau 5 bulan dari tarikh tempahan dan bayaran pertama, penalti sebanyak 0.5% atas harga pembelian mesin yang dikira atas asas harian akan dikenakan bagi mesin yang lewat diterima, mesin yang dibekalkan hendaklah mengikut spesifikasi yang ditetapkan serta mampu memproses dan mengeluarkan produk siap minima sebanyak 13,250 kilogram salad dan jus buah-buahan sehari yang akan dibuktikan semasa ujian commisioning.
Khalid Ibrahim sebelum ini mendedahkan tentang penjualan tanah PKPS melibatkan Science Park 2 dan tanah ladang di Sabah. Bagaimana pula dengan tanah di Selangor sendiri yang terlibat dalam projek ini. Tanda tanya timbul berikutan projek tersebut telah digagalkan oleh Khalid Ibrahim dan status tanah berkenaan sehingga kini tinggal misteri.
Kecenderungan Khalid Ibrahim yang terdesak untuk menjelaskan kerugian serta kehilangan tanah seluas 8,500 ekar di Selangor yang jauh lebih bernilai tinggi berbanding di Sabah menyalahkan pimpinan negeri yang lepas, sebenarnya boleh dilihat dengan jelas menerusi kerugian yang dialami oleh projek jus salad dan buah-buahan tropika ini.
TQPEMERHATISEMPOIISUTERKINI
Post a Comment