Label 10

Home » » TERKINI !! ADUN PAKATAN TAIK PERTIKAI LAGI SULTAN SELANGOR ?!!

TERKINI !! ADUN PAKATAN TAIK PERTIKAI LAGI SULTAN SELANGOR ?!!

Written By AAKJ on Friday, November 11, 2011 | 11:26 AM


Tidak pasti sejauh mana kebenaran laporan Portal Free Malaysia Today yang mendakwa berlakunya tekanan keatas ADUN-ADUN Pakatan Rakyat Selangor berhubung suatu pindaan enakmen Negeri Selangor.

Portal tersebut, semalam telah melaporkan kononnya Sultan Selangor telah mencampuri bidang kuasa Dewan Undangan Negeri dengan satu surat arahan dari baginda untuk menyokong pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. [Baca laporan penuh FMT di SINI].

Malahan juga UMNO sekali lagi dituduh sebagai dalang yang mempengaruhi keputusan Sultan.
Namun begitu, isu-isu yang dibangkitkan, sebenarnya telah pun berkuatkuasa, iaitu merujuk kuasa Sultan dalam Majlis Agama Islam Selangor. Naskhah penuh enakmen berkenaan boleh dirujuk [SINI].

Pindaan-pindaan yang dicadangkan (seperti didakwa oleh FMT) adalah seperti bertanda dan diikuti kandungan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang sememangnya sedang berkuatkuasa.

Make the administration of all mosques and suraus fall under the purview of the Selangor Islamic Religious Council (MAIS).
Seksyen 96. Majlis menjadi pemegang amanah tunggal bagi masjid dan tanah yang berkaitan dengannya.

(1) Walau apa pun apa-apa peruntukan yang berlawanan dalam mana-mana suratcara bertulis, Majlis hendaklah menjadi pemegang amanah tunggal bagi semua masjid dalam Negeri Selangor.

(2) Tiap-tiap masjid, bersama dengan tapak masjid itu dan mana-mana tanah yang berhubung dengan dan digunakan bagi maksud-maksud masjid itu, selain tanah Kerajaan atau tanah yang dirizab bagi maksud awam, hendaklah, sebaik sahaja didaftarkan di bawah undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah, dan tanpa apa-apa pemindahhakan, penyerahhakan, atau pemindahmilikan, terletak hak pada Majlis bagi maksud-maksud Enakmen ini
.

Baca seterusnya di Akar Umbi
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger