Label 10

Home » » TEKSI KHAS UNTUK WANITA !! NIK AZIZ TERKEDU !! TERIMA KASIH BN !!

TEKSI KHAS UNTUK WANITA !! NIK AZIZ TERKEDU !! TERIMA KASIH BN !!

Written By AAKJ on Sunday, November 27, 2011 | 6:34 AM

Pemandu Teksi Wanita, Zaharah Abdul Rahman bergambar pada perasmian projek Teksi Wanita sempena Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita di Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur. -Foto dari  Utusan
Salam kepada semua,

Dilaporkan di media mengenai kegelisahan penumpang teksi terutama kaum wanita berhubung keselamatan mereka sebelum ini mungkin akan berakhir dengan pelancaran projek 'Teksi Wanita'. Fasa perintis projek itu, dengan kerjasama ABEX Manufacturing Sdn Bhd, akan menyasarkan 400 teksi beroperasi secara 'on-call' di sekitar Lembah Klang secara berperingkat.
 
Setakat ini telah ada kira-kira 50 pemandu teksi wanita dan golongan wanita yang berminat untuk menceburi bidang ini, terutama suri rumah, ibu tunggal dan pesara amat digalakkan untuk menjadi pemandu Teksi Wanita tersebut.

Teksi itu akan dipandu oleh wanita dan bersedia memberi perkhidmatan kepada penumpang wanita yang bersendirian atau membawa anak agar mereka dapat menjalankan urusan harian dengan selesa serta lancar. Sehingga kini, terdapat tiga buah syarikat iaitu Destination Transport, Zalnas Sdn Bhd serta Koperasi Pengangkutan Putrajaya dan Cyberjaya yang boleh dihubungi bagi mendapatkan perkhidmatan tersebut.
 
Golongan wanita yang berminat membawa teksi menghubungi ABEX untuk keterangan lanjut dan latihan serta kursus akan diberikan. Projek ini juga secara tidak langsung mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan wanita bagi meningkatkan taraf hidup isi rumah yang berpendapatan rendah. Penumpang boleh mengenal pasti teksi tersebut dengan stiker khas iaitu Teksi Wanita yang dilekatkan pada kenderaan.

Penumpang juga boleh menghubungi talian 03-80240507, 03-26926000 dan 03-88884020 untuk mendapatkan pemandu wanita.




Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger