Label 10

Home » » SYARIKAT AIR KELANTAN !! ADA DALANG D SEBALIK KERUH AIR UTK RAKYAT !! ADA PENYAMUN ??

SYARIKAT AIR KELANTAN !! ADA DALANG D SEBALIK KERUH AIR UTK RAKYAT !! ADA PENYAMUN ??

Written By AAKJ on Wednesday, November 9, 2011 | 11:52 AM


Jika para pembaca merasakan skandal perlantikan menantu Nik Aziz sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan dahulu sudah cukup panas, nanti saja bila anda ketahui skandal Air Kelantan Sdn Bhd. Air Kelantan Sdn Bhd adalah sebuah syarikat milik Kerajaan negeri yang bertangunggjawab menyalurkan perkhidmatan air bersih kepada pengguna.

Rupa-rupanya suasana di dalam hieraki kuasa di Air Kelantan lebih keruh dan cemar daripada air yang mereka salurkan kepada pengguna. Setidak-tidaknya air yang disalurkan itu boleh di tunding kesalahannya kepada paip-paip besi yang telah berkarat dan bocor, yang digunakan sejak zaman pemerintahan Barisan Nasional dahulu. Bagaimanapun, skandal di dalam Air Kelantan langsung tidak boleh diajak BN turuk menjadi proksi dalam skandal ini.

Air Kelantan wujud sewaktu pemerintahan PAS sepenuhnya.


Sebelum ini saya banyak menerima email merungut tentang peranan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Ahmad Yaakob dan Exco Kerajaan negeri, Dato’ Mejar (B) Anizam Abd Rahman dan sebuah ‘komiti kecil’ dalam menyumbang kepada kekeruhan di dalam AKSB. Tetapi sejauh manakah sebenarnya peranan kedua-dua orang kanan Nik Abdul Aziz dan ‘komiti kecil’ ini?

Kakitangan AKSB yang berpegang kepada ajaran Islam dan konsep petadbiran Islam semakin hari semakin tertekan. Bagaimana mereka mahu menjalankan amanah yang mereka pikul untuk rakyat selagi AKSB terus bergolak dan penuh dengan aktiviti-aktiviti yang kelabu.

Halalkah rezeki yang dibawa pulang oleh kakitangan AKSB ini bila setiap hari ada sahaja pelanggan AKSB yang menyumpah seranah mereka kerana perkhidmatan yang amat mengecewakan? Itulah polemik diri yang melanda segelintir kakitangan yang insaf dengan prestasi perkhidmatan yang menjadi cemuhan. Bagaimanapun, itu bukan salah mereka.


Seperti di PMBK satu ketika dahulu, hanya segelintir kakitangan AKSB yang menikmati habuan dari aktiviti tidak sihat di AKSB ini, selebihnya hanyalah mereka yang mencari rezeki halal dan keredhaan Allah, tetapi terperangkap.

“Pengaruh politik dalam AKSB sangat penting kerana AKSB adalah ‘lubok pitih’ bagi mendapatkan sumber kewangan bagi menjamin masa depan individu tertentu dalam kerajaan….”, petikan dari salah satu email yang saya terima.

“Dato’ Mat (Timbalan Menteri Besar) mempunyai seorang anak dan seorang sepupu yang sedang kerja dalam AKSB….” dakwa satu email lain dan saya masih menanti pengesahan berhubung dakwaan ini.
Antara kekeliruan dikalangan kakitangan AKSB antaranya ialah berhubung pemberian sebuah projek menaik taraf Loji Pintu Geng yang bernilai RM30 juta dan projek NRW yang bernilai RM130 juta.

Rakyat Kelantan yang dahagakan perkhidmatan air bersih akan bersedia membantu membersihkan AKSB, tetapi terlebih dahulu tanggungjawab itu perlu dimulakan oleh kakitangan AKSB yang jujur dan amanah.


Kickdefella


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger