Label 10

Home » » SIDANG DUN SELANGOR !! GAJI SIAPA RM 40,000 SEBULAN ?? KALID KEKAL TERGAGAP !!

SIDANG DUN SELANGOR !! GAJI SIAPA RM 40,000 SEBULAN ?? KALID KEKAL TERGAGAP !!

Written By AAKJ on Friday, November 11, 2011 | 10:05 AM



SHAH ALAM 10 Nov. - Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohd Satim Diman mempersoal perlantikan Pengurus Besar PKNS baru yang dakwa beliau gagal melaksanakan tugas dengan baik.

Beliau dalam ucapan Bajet 2012 Peringkat Negeri Selangor mendakwa, terdapat beberapa penyalahgunaan kuasa dan menyeleweng dan pihak pengurusan PKNS  yang merupakan sebuah syarikat Kerajaan negeri yang paling penting dalam pembangunan sosio-ekonomi negeri Selangor.

Datuk Satim juga mempertikai jumlah gaji yang diberikan kepada Pengurus tersebut yang telah hampir mencecah RM 40 Ribu sebulan.

"Melalui surat tawaran bertarikh 25 November 2009 yang ditandatangani sendiri oleh YAB Menteri Besar Selangor merangkap Pengerusi PKNS, PKNS telah menawarkan skala gaji baru Pengurus Besar PKNS iaitu gaji pokok sebanyak RM 40,000.00 sebulan disamping kemudahan dan lain-lain elaun untuk  tempoh  dua  (2)  tahun  dari  1  Februari  2009  hingga 31 Januari 2011. Gaji pokok inilah yang menjadi asas pengiraan bonus PKNS."

"Keputusan YAB Menteri Besar tersebut  telahpun  diperakukan oleh  Mesyuarat  Ahli-Ahli Jawatankuasa Kewangan PKNS yang dipengerusikan oleh Pegawai Kewangan Negeri Selangor."
Beliau mendakwa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menyalahgunakan kuasanya dengan menawarkan skala gaji baru terhadap Pengurus Besar PKNS tanpa merujuk kepada Jawatankuasa Perjawatan PKNS yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Beliau mengsyaki pihak Pengurus Besar PKNS yang baru seolah-olah mempunyai kedudukan istimewa sehinggakan status gaji beliau tidak diperbincangkan terlebih dahulu kepada pihak yang berkenaan.

Semalam, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah membentangkan Bajet 2012 dengan membentangkan peruntukan berjumlah RM 1.6 Juta untuk dibelanjakan kepada rakyat Negeri Selangor.

tqklpos
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger