Label 10

Home » » SIAPA HJ MOHD YATIM YG TIPU PEMBELI RUMAH RM1.37JUTA ?!! KAWAN KALID GAGAP ?!!

SIAPA HJ MOHD YATIM YG TIPU PEMBELI RUMAH RM1.37JUTA ?!! KAWAN KALID GAGAP ?!!

Written By AAKJ on Thursday, November 10, 2011 | 11:28 AM



KLANG 8 Nov. – Seramai 650 pembeli projek pangsapuri kos rendah di beberapa daerah di negeri ini terpaksa berputih mata apabila orang tengah bergelar ‘Haji Mohd. Yatim’ yang menguruskan urusan jual beli kediaman itu menghilangkan diri tanpa dapat dikesan sehingga kini.

Apa yang menyedihkan pembeli malang tersebut, pangsapuri kos rendah tersebut sudah siap tetapi sehingga kini proses penyerahan kunci kediaman tersebut gagal dilakukan.

Berdasarkan surat tawaran pembelian pangsapuri kos rendah melibatkan projek rumah kos rendah di Selayang Mulia Selayang, Taman Botanic Klang, Taman Harmoni Balakong dan Taman Cheras Intan Cheras, kesemuanya telah sah diperuntukkan kepada mereka.

Seorang pembeli, Azlan Lam, 38, yang memilih pangsapuri Taman Harmoni Balakong berkata, pada awal 2009, dia telah membayar pendahuluan lima peratus berjumlah RM2,100 kepada orang tengah tersebut yang dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang Exco kerajaan negeri.

“Sepatutnya, selepas pembayaran lima peratus dibuat rumah tersebut perlu diserahkan kepada kami namun penyerahan ditunda beberapa kali atas alasan Exco kerajaan negeri pergi umrah dan sebagainya.

“Kami bersetuju membayar lima peratus tersebut kepada pihak tersebut kerana beliau mempunyai kunci unit-unit rumah yang dikatakan sebagai kuota politik dan kami dibawa melihat sendiri unit-unit tersebut sebagai bukti,” katanya kepada pemberita di kawasan perumahan kos rendah Taman Botanic di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin dan wakil Gabungan Angkatan Pembela Anak Selangor (GAPAS) , Durrani Izam.

Azlan berkata, setelah beberapa kali penyerahan pangsapuri kos rendah tersebut ditunda dan Haji Mohd. Yatim pula gagal dihubungi, para pembeli mengambil tindakan bertemu sendiri dengan wakil Menteri Besar di pihak pejabat Menteri Besar di Shah Alam.

“Dalam pertemuan itu, wakil Menteri Besar mengakui kewujudan unit-unit pangsapuri kos rendah tersebut, namun jika para pembeli mahu memiliki kediaman itu mereka perlu memohon pinjaman daripada bank dan bukan membeli secara sewa beli.

“Sedangkan dengan pendapatan sebanyak RM1,500 bagaimana bank mahu meluluskan pinjaman kami, ada antara kami yang sudah lanjut usia sudah pasti permohonan tidak akan diluluskan.

Seorang lagi pembeli Hasbullah Ismail,40, berkata, dia pada mulanya langsung tidak meragui kesahihan transaksi jual-beli rumah tersebut kerana Haji Mohd. Yatim telah memberi resit bukti pembayaran dan surat-menyurat menggunakan kepala surat Permodalan Negeri Selangor Bhd. (PNSB) dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

“Apa yang kami persoalkan ialah wakil Menteri Besar menyatakan, jika kami mahukan rumah yang telah dibayar lima peratus tersebut kami perlu membuat pinjaman bank.

“Sedangkan, semasa kami ditawarkan unit rumah kos rendah tersebut, kami diminta membayar secara sewa beli tanpa faedah kerana sebagai golongan berpendapatan rendah kami tidak mampu membayar faedah bank yang tinggi,” katanya.

Justeru katanya, para pembeli menggesa agar Menteri Besar campur tangan bagi menyelesaikan masalah yang menghantui pembeli yang teraniaya kerana pihak yang terlibat mengutip wang lima peratus hampir RM1.37 juta dari 650 pembeli jelas mewakili agensi Kerajaan PKR Selangor.
-Utusan
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger