Aktiviti tidak bermoral yang bergiat aktif sejak beberapa tahun lalu itu bagaimanapun lumpuh apabila diserbu pihak berkuasa, petang kelmarinselepas menerima aduan darlpada orang ramai.
Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSI), Ahmad Hasan berkata, premis sama sudah lebih tiga kali diserbu selepas didapati tidak mempunyai permit operasi.
Menurutnya, sitaan dan rampasan barang di pusat itu sudah beberapa kali dibuat, namun pengusaha tetap berdegil seolah-olah mencabar pihak berkuasa.
“Tujuh anggota menyerbu premis pusat kecantikan dan penjagaan kesihatan diketuai Pegawai Penguat Kuasa MPS), Mazrul Zahar Mohd.
“Pemeriksaan mendapat empat wanita warga Thaiiland leka menunggu pelanggan, terdapat papan tanda pusat urut tradisional diluar premis, namun mereka dipercayai menjalankan aktiviti itu dalam bilik-bilik kecil," katanya.
Dalam operasi yang turut disertai Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang itu, seorang lelaki tempatan dipercayai penjaga premis ditahan.
Mazrul berkata, pengusaha dikenakan tindakan di bawah Undang-undang Kecil UUK 3 Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan MPSJ 2007 kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen.
Katanya, peralataan dalam kedai turut dirampas, pengusaha berdepan tindakan denda maksimum RM1000.
“Pengusaha turut berdepan tinclakan di bawah Seksyen 55 B Akta Imigresen 1959/63 kerana menggaji pekerja asing tanpa permit kerja yang sah," katanya.
SH 10/11/2011
Post a Comment