Label 10

Home » » SELANGOR !!! PELAJAR FORM 4 D ROGOL SUAMI ORANG + 2 RAKAN PEROGOL !! SIAPA JAGA SELANGOR ?!!

SELANGOR !!! PELAJAR FORM 4 D ROGOL SUAMI ORANG + 2 RAKAN PEROGOL !! SIAPA JAGA SELANGOR ?!!

Written By AAKJ on Tuesday, November 15, 2011 | 12:11 PM


GAMBAR HIASAN

SHAH ALAM: Seorang lelaki berstatus suami dihukum penjara tujuh tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini, selepas didapati bersalah merogol pelajar tingkatan empat di sebuah rumah kosong di Klang dekat sini, tiga tahun lalu.

Hakim Slamat Yahya membuat keputusan itu terhadap Mohamad Firdaus Esa, 26, dan memerintahkan hukuman bermula dari 1 April 2008.

Bagaimanapun, dua rakannya yang juga remaja bawah umur pelajar tingkatan empat didapati bersalah atas kesalahan sama masing-masing dan dikenakan bon berkelakuan baik selama tiga tahun dengan jaminan RM5,000 setiap seorang.

Terdahulu, Slamat pada penghakimannya berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan. Sepanjang perbicaraan, seramai 10 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan tampil memberi keterangan.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga didakwa merogol mangsa di sebuah kondominium di Taman Sejahtera, Klang, pada 3 dan 6 Mac 2008. Bagi setiap pertuduhan, mereka didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Pada prosiding semalam, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Maisarah Kamal, manakala tertuduh diwakili oleh peguam, Pritam Singh Deol dan Aminuddin Mohd Ramli. Terdahulu, pihak pembelaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan mengambil kira latar belakang anak guam mereka. Menurut mereka, tiada bukti menunjukkan bahawa kecederaan dialami oleh mangsa.

Nurul Maisarah bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana perbicaraan kes itu yang sudah melewati tiga tahun dan memakan kos pendakwaan yang banyak.

Beliau berkata, mahkamah juga harus mengambil kira bahawa peruntukan undang-undang melindungi mangsa bawah umur dalam kejadian rogol meskipun perbuatan itu dilakukan atas kerelaan.

“Saya pohon satu hukuman berbentuk pengajaran supaya semua tertuduh insaf,” katanya. Difahamkan, mangsa yang lari dari rumah meminta bantuan tertuduh kedua yang juga teman lelakinya. Kekasihnya itu menempatkan teman wanitanya itu di sebuah rumah kosong, sebelum dia dan dua rakannya merogol mangsa.

HM
Share this article :

+ comments + 1 comments

November 15, 2011 at 1:42 PM

Harap boleh link kan blog saya pada blog tuan dalam membantu BN

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger