GAMBAR HIASAN
SEPANG: Malang berganda bagi seorang pelajar tingkatan tiga apabila dirogol dua lelaki yang baru dikenali di dua lokasi berasingan selepas pertemuan pertama mereka di Dengkil, dekat sini ini.
Dalam kejadian jam 12 tengah malam, 28 Ogos lalu, pelajar berusia 15 tahun itu mengikut rakannya berjumpa teman lelaki rakannya itu berhampiran kedai serbaneka 24 jam di Taman Putra Permai, Seri Kembangan.
Mereka kemudian dibawa ke sebuah kedai makan di Dengkil dengan menaiki dua motosikal yang ditunggangi dua lelaki untuk minum bersama 10 lelaki lain dipercayai rakan lelaki berkenaan.
Selepas minum, mangsa dan rakannya dibawa ke sebuah taman yang tidak dapat dikenal pasti lokasinya, sebelum seorang lagi lelaki tiba ke lokasi berkenaan dengan menaiki motosikal berwarna hitam. Menurut sumber, ketika berada di taman itu mangsa ditarik seorang daripada 13 lelaki terbabit ke tempat gelap dan merogolnya.
Sumber berkata, selepas kejadian itu, lelaki yang menaiki motosikal berwarna hitam dan teman lelaki rakannya berjanji menghantar mangsa serta rakannya pulang ke rumah, tetapi kedua-duanya dibawa ke tempat lain secara berasingan.
“Mangsa tidak terus dibawa pulang, tetapi dibawa ke sebuah ladang kelapa sawit dan dirogol lelaki terbabit. “Selepas itu, mangsa dihantar pulang ke rumah, tetapi dalam perjalanan motosikal milik lelaki terbabit kehabisan minyak berhampiran sebuah kedai perabot.
“Peluang itu digunakan mangsa untuk melarikan diri dan nasib menyebelahi gadis itu apabila terdapat anggota polis di kawasan berkenaan,” katanya.
Mangsa dibawa ke Balai Polis Dengkil untuk membuat laporan. Bagaimanapun, difahamkan, mangsa sekali lagi membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Putrajaya di sini, kelmarin.
Bertindak di atas laporan berkenaan, polis Putrajaya menahan seorang lelaki dipercayai suspek pada hari sama laporan dibuat.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan penahanan seorang daripada suspek terbabit.bDifahamkan, suspek direman enam hari sehingga Selasa ini untuk membantu siasatan.
Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my
HM 12/11/2011
Post a Comment