GAMBAR HIASAN
KAJANG: Hasrat ‘gila’ seorang lelaki warga Nigeria merogol seorang remaja perempuan yang membeli burger terbantut apabila dia dipukul dan dicekup polis dalam kejadian di Sungai Chua, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12.20 tengah malam itu, mangsa berusia 17 tahun berseorangan dan sedang menunggu tempahan burger dari sebuah warung sebelum dihampiri lelaki terbabit.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, suspek yang berusia 30-an itu cuba berbual, tetapi mangsa tidak mengendahkan suspek kerana tidak mengenalinya.
Beliau berkata, suspek yang masih tidak berputus asa kerana tidak mendapat layanan seperti yang diharapkan, tiba-tiba meraba beberapa bahagian badan mangsa.
“Sebaik burger yang ditempah siap, mangsa segera meninggalkan warung berkenaan selain mahu melarikan diri kerana bimbang suspek akan bertindak di luar jangkaan.
“Disebabkan gagal menahan gelora nafsunya, suspek mengekori mangsa dan menariknya ke tepi jalan sebelum sekali lagi meraba alat sulit mangsa menyebabkan mangsa menjerit ketakutan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Polis bersama Komuniti di pusat beli-belah Metro Point, semalam.
Ab Rashid berkata, nasib menyebelahi mangsa apabila jeritannya didengari orang awam yang berada tidak jauh dari tempat kejadian sebelum datang memberi bantuan.
Berang dengan tindakan suspek yang mencabul selain cuba merogol mangsa, menyebabkannya dibelasah hingga mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan.
“Sebaik mendapat maklumat daripada orang awam, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang tiba di lokasi kejadian dan menahan suspek yang kesakitan,” katanya.
HM 11/11/2011
Post a Comment