HIASE
PETALING JAYA – Lagak pasangan berusia 41 dan 45 tahun yang mengakui sudah bernikah dan tinggal bersama sejak empat bulan yang lalu terbongkar selepas dia gagal menunjukkan sebarang dokumen yang membuktikan dia sudah berkahwin secara sah selepas rumah yang didiaminya di Apartment Idaman, Damansara Damai diserbu malam semalam.
Lebih mengejutkan apabila lelaki itu mengakui perkahwinan dengan seorang janda sah meskipun tanpa sebarang dokumen berikutan dia sudah membayar RM 1500. kepada jurunikah yang beroperasi dari sebuah rumah di Gombak.
Sinar Harian yang berada di lokasi ketika serbuan tersebut diberitahu bahawa dia hanya dinikahkan melalui lafaz akad sahaja dan mempunyai dua orang saksi.
Menurut lelaki itu sebenarmnya dia bercadang mahu bernikah di Yala, Thailand namun selepas diberitahu oleh seorang kenalan tentang pakej nikah tersebut dia membatalkan hasratnya dan mengambil keputusan untuk menyertai pakej ‘nikah segera itu’.
“Mereka tidak beri sebarang dokumen apa-apa untuk ditandatangani bila saya tanya dengan jurunikah itu, mereka kata pernikahan saya ini sah dan dan mengikut hukum syarak,”katanya.
Lelaki itu mengaku lagi bahawa perkahwinan keduanya itu direstui oleh isteri pertamanya namun ternyata dia berbohong selepas isterinya yang turut hadir ke masjid mengakui tidak tahu suaminya itu sudah berkahwin lagi.
Berikutan pengakuan lelaki itu, satu laporan polis kemudiannya dibuat di Balai Polis Damansara Damai oleh Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Muhtadeen.
TQSINAR
Post a Comment