Inilah bahananya apabila satu kerajaan yang tidak ada kata sepakata dalam setiap perkara. Puak pertama lebih mementingkan bangsa sendiri untuk mencapai matlamat, puak kedua mementingkan cita-cita busuk pemimpin sendiri dan puak ketika sanggup menjadi barua kepada puak pertama walaupun terpaksa mengadaikan prinsip perjuangan.
Apabila ini terjadi maka pelbagai masalah akan timbul dan perkara utama yang perlu diberi perhatian akan berada di peringkat kedua atau ketiga. Apa yang dikatakan perkara utama? Jawapannya adalah tentang kepentingan agama rasmi kita iaitu Islam.
Di Selangor, kita sedia maklum 3 pihak ini bergabung untuk membentuk kerajaan dan di dalam masa yang sama mereka harus menjaga kepentingan banyak perkara penting seperti isu-isu melibatkan agama.
Malangnya isu melibatkan kepentingan agama ini telah diletakkan di tahap kedua apabila ada dikalangan puak mereka yang mahu supaya diberi kebebasan demi survival politik dan juga undi daripada bukan Islam.
Lebih malang lagi ada satu puak yang mengaku memperjuangkan Islam walaupun ibarat seperti melukut di tepi gantang. Anehnya mereka bersungguh-sungguh mempertahankan gabungan tersebut walaupun terpaksa mengenepikan asas perjuangan sendiri.
Kenapa ini terjadi dan mengapa mereka berbuat begitu. Jawapan paling senang untuk difahami ialah DEMI KUASA. Tidak perlu melihat golongan kopiah putih ini sebagai seorang alim ulama kerana mereka ini adalah ahli politik. Bila kita sebut ahli politik perkara asas yang perlu ada ialah sikap bermuka-muka. Tidak kira daripada pihak mana sekali pun.
Pendedahan terbaru jumlah anak luar nikah di Selangor berjumlah 18,983 orang dalam tempoh 2 tahun jelas membuktikan bahawa golongan kopiah putih GAGAL dalam menjalankan tanggungjawap mereka.Punca sebenar harus kita fikir dan terus fikir. Sekiranya jawapan yang diterima adalah disebabkan pertambahan rumah-rumah urut dan juga pusat-pusat maksiat, itu adalah jawapan yang tepat. Kenapa wujudnya pertambahan?
Kita sedia maklum golongan yang mangawal perniagaan tersebut adalah daripada golongan yang datang dari satu benua yang besar di Asia. Golongan ini akan menggunakan apa cara sekalipun untuk memastikan kepentingan mereka tidak terjejas. Dalam konteks Malaysia yang berbilang kaum perkara ini perlu dikawal sebaiknya seperti mana yang dibuat oleh kerajaan Selangor terdahulu.
Selepas PRU 12 dan berjaya merampas Selangor golongan kopiah putih telah diletak satu harapan supaya perkara seperti ini tidak menjadi bertambah teruk atau sekurang-kurangnya kekal seperti sebelumnya. Apabila keadaan menjadi bertambah teruk bermakna ada pihak lain yang menggunakan kuasa yang diberi untuk memastikan kepentingan mereka itu terus terbela dan bertambah baik. Itu sebabnya mereka sanggup membuat apa saja demi memastikan survival politik mereka terus selamat.
Apa yang menjadi persoalannya adalah adakah golongan kopiah putih ini memandang rendah isu-isu yang melibatkan keruntuhan moral. Mereka sepatutnya berani memperkatakan perkara-perkara yang melibatkan isu agama. Dimanakah kreabiliti mereka untuk memperjuangkan moral anak-anak muda Islam yang sudah jauh terpesong disebabkan oleh bertambahnya rumah urut dan pusat maksiat.Di sini kita mendapat jawapan apa fungsi golongan kopiah putih di dalam kerajaan Selangor. Adakah mereka ini diakui sebagai sebahagian daripada kerajaan negeri ataupun hanya sekadar pelengkap untuk puak pertama dan kedua mencapai cita-cita mereka.
Bahasa paling mudah untuk difahami adalah PAS tidak berani menegur DAP di dalam Kerajaan Selangor dalam konteks rumah urut dan juga pusat maksiat. Kenapa mereka tak berani? Kerana PAS sedar survival politik mereka bergantung kepada undi-undi daripada DAP. Andai tiada undi daripada DAP dimana letakkan mereka pada PRU 13 nanti? Andai PR berjaya mentadbir Putrajaya tidak mustahil Malaysia akan menjadi syurga dunia sepertimana Bangkok.
Apa yang perlu kita buat? Mohon Jawapan.
Fikirkan Bersama!!
TQKITAGEMPUR!
Post a Comment