Label 10

Home » » RAFIZI RAMLI PERNAH JADI KOPI-BOY ANWAR ?!! ADA GAMBAR ?!!

RAFIZI RAMLI PERNAH JADI KOPI-BOY ANWAR ?!! ADA GAMBAR ?!!

Written By AAKJ on Monday, November 14, 2011 | 4:46 PM


Rafizi Ramli dengan bongkaknya berkata, tidak masuk akal, pembelian kondominium mewah sebagai pelaburan kepada NFC. Sebaliknya Rafizi cuba menggambarkan pembelian kondominium tersebut sebagai salah satu penyelewengan NFC sekalipun wang yang digunakan adalah daripada soft-loan, bukannya geran kerajaan!

Sehingga setakat ini, Rafizi Ramli dan sekalian pemimpin Pakatan, menggambarkan soft-loan yang diberikan kepada syarikat berkenaan sebagai geran kerajaan. Dari semasa ke semasa, mereka cuba menggambarkan NFC merupakan syarikat kerajaan yang menggunakan dana awam untuk operasinya.

Justeru, dalam mana-mana perbelanjaan syarikat tersebut, perlu dibentangkan kepada awam hala tuju kewangannya. Sehinggakan perbelanjaan setiap satu aset pun perlu diperjelaskan untuk menunjukkan tiada sebarang penyelewengan di dalam syarikat berkenaan.

Agak aneh memandangkan tidak ada seorang pun, terutama sekali Rafizi Ramli yang mahu mendesak agar laporan kewangan syarikat tersebut dibentangkan. Sebaliknya mereka bermain tembak rambang untuk mewujudkan persepsi, soft-loan adalah geran kerajaan.

Bukankah daripada soft-loan tersebut, perkara terpenting ialah wajib bayar semula? Kalaulah NFC langsung tidak membuat pembayaran balik, mungkin satu hal tetapi apabila syarikat berkenaan membuat pembayaran semula pinjaman mereka, maka di manakah masalahnya kalau pun syarikat tersebut mahu membeli aset bagi menjamin pelaburan?

Sepatutnya Rafizi juga menjawab, apakah dengan menjual aset seperti yang dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor di mana Rafizi merupakan salah seorang daripada tukang penasihatnya merupakan satu tindakan yang baik?

Tatkala NFC melabur dalam bidang hartanah bagi menjamin duit yang mereka pinjam tidak hilang begitu sahaja, kerajaan negeri Selangor pula menjual setiap hartanah yang dimiliki oleh anak-anak syarikat negeri untuk menunjukkan mereka mempunyai wang tunai dalam tangan.

Mana satu yang lebih baik?

NFC beli kondominium berharga RM7.5 juta yang dikatakan oleh Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution dan Zuraidah Kamaruddin sebagai RM9.8 juta. Penjelasan diberikan ialah, NFC mengambil keputusan tersebut untuk mengurangkan kebarangkalian kehilangan wang tunai dan memutuskan untuk melabur dalam bidang hartanah. Lokasi pelaburan adalah di Bangsar, kawasan yang diketahui mempunyai nilai hartanah yang amat tinggi.

Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri Selangor yang diketuai oleh PKR dan mempunyai penasihat ekonomi berharga RM1 bernama Anwar Ibrahim dan dibantu pula oleh Rafizi Ramli memutuskan untuk menjual bangunan yang bernama Menara Worldwide di Jalan Bukit Bintang. Bangunan tersebut diuruskan oleh Faber Facilities Sdn. Bhd. Faber Facilities pula merupakan salah satu anak syarikat Faber Group Bhd, rakan kongsi UEM Berhad. Harga yang ditawarkan adalah RM350 juta, dan boleh dirunding.

Antara dua tindakan tersebut, yang mana satukah agaknya yang lebih mendatangkan keuntungan sama ada untuk jangka pendek mahupun jangka panjang?

Yang pertama, dikatakan menyeleweng... manakala pihak yang kedua pula dikatakan membela rakyat....

Anda pilih yang mana?

TQFLYINGKICK
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger