Label 10

Home » » PKNS BAYAR GAJI PENGURUS PKNS ATAU PENGURUS PILIHANRAYA ?!!

PKNS BAYAR GAJI PENGURUS PKNS ATAU PENGURUS PILIHANRAYA ?!!

Written By AAKJ on Thursday, November 17, 2011 | 11:52 AM

Untuk membidas jawapan mantap dari YB Khairy, PKR terpaksa spin lagi isu NFC.

Pemimpin PKR mendakwa pelaburan yang dibuat oleh NFC untuk membeli kondo adalah satu pelaburan yang merugikan.
Pembelian kondominium berharga RM10 juta seunit oleh anak syarikat projek penternakan lembut, Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) adalah perbelanjaan tidak berhemat khususnya ketika pasaran hartanah mewah yang mengalami trend penurunan, kata pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli. 

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, beliau berkata hujah yang dikemukakan adalah bertentangan dengan prinsip-prinsip tadbir urus yang baik.

Memetik statistik oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Hartanah (JPPH), beliau berkata bahawa terdapat 66,328 unit kondominium mewah di negara ini yang masih belum dijual.

“Pasaran hartanah mewah, terutamanya bagi kondominium mewah seperti yang dibeli oleh NFC, dijangka akan mengalami penurunan harga dari tahun 2010 dan tahun-tahun akan datang,” kata Rafizi (kiri), seorang akauntan bertauliah yang pernah berkhidmat sebagai pengurus kanan di syarikat petroleum negara, Petronas.

Jika anda bersetuju dengan hujah pemimpin PKR, maka anda bersetuju bahawa projek DATUM JELATEK yang dibina oleh PKNS adalah projek yang merugikan kerana dalam projek mewah ini, berpuluh-puluh unit Kondo mewah dibina.



Dan untuk pengetahuan pembaca MyMassa, Projek DATUM JELATEK tidak mendapat sambutan sehingga terpaksa dipromosikan berkali-kali.

Kalau begitu, mengapa Tan Sri Khalid masih mempertahankan Pengurus Besar PKNS. Adakah atas dasar KRONI?

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pembayaran gaji dan bonus bernilai jutaan ringgit kepada Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi tempoh dua tahun adalah munasabah dan berdasarkan prestasi kerjanya. Beliau berkata pembayaran itu dianggap setimpal dengan tugas dan tanggungjawab besar yang perlu dipikul sebagai pengurus besar dalam menjaga aset syarikat milik kerajaan negeri.

Cerita pasal Datum Jelatek ini dah beberapa kali pernah dikeluarkan oleh blogger-blogger pro BN bagaimana PKNS di bawah Tan Sri Khalid telah meminggirkan orang Melayu dan hanya berfokus kepada projek-projek mewah. Nah! Sekarang ini pun projek mewah PKNS tidak laku.

Rugi juta-juta tapi tetap dapat bonus berjuta. Itu yang dikatakan munasabah dengan prestasi kerja.

*Bila buka cerita pasal DATUM JELATEK, MyMassa hairan macam mana PKR boleh nak jadi jaguh isu Kampung Baru sedangkan tapak asal projek ini adalah Flat 'Columbia' yang menempatkan ribuan Orang Melayu di KL yang terpaksa berpindah keluar kerana kerakusan PKNS.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger