Label 10

Home » » PERTANDINGAN RATU CANTIK SATOK D BATALKAN !! TERIMA KASIH BN !!

PERTANDINGAN RATU CANTIK SATOK D BATALKAN !! TERIMA KASIH BN !!

Written By AAKJ on Friday, November 25, 2011 | 8:13 AM

hiase


Penganjur Pesta Satok elak kontroversi berulang

KUCHING: Dua pertandingan ratu cantik yang dijadualkan diadakan di bandar raya ini sempena Pesta Satok 2011 awal bulan depan dibatalkan, bagi mengelak sebarang kontroversi, kata Menteri Pelancongan, Datuk Amar Abang Johari Openg. 

Pembatalan itu membabitkan pertandingan Ratu Satok Fest Glam dengan lapan finalis terdiri daripada gadis muda dan Ratu Mensia, juga dengan lapan finalis terdiri daripada wanita berusia 50 tahun ke atas.
Keputusan itu susulan kontroversi membabitkan lima peserta Islam yang menyertai Ratu Cantik Borneo (MBB) 2011, baru-baru ini.
Difahamkan, pembatalan itu dibuat kerana penganjur utama Pesta Satok, Persatuan Koordinasi Pelancongan Satok (PKPS) tidak mahu pembabitan peserta Islam mencetuskan kontroversi serupa. 

Abang Johari yang juga Penaung PKPS berkata, berikutan pembatalan itu, pertandingan ratu cantik berkenaan akan digantikan dengan pertunjukan fesyen pakaian tradisional Jawa. 

“Kita tidak mahu pembabitan peserta Islam dalam pertandingan sebegini mencetuskan kontroversi sekali lagi. Justeru, kita memutuskan hari ini (semalam) segmen pertandingan ratu cantik dibatalkan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Pesta Satok 2011 di Kementerian Pelancongan di sini, semalam. 

Pusingan awal bagi kedua-dua pertandingan ratu cantik itu mendapat sambutan hangat, termasuk di kalangan peserta Islam. Pemilihan finalis berlangsung Sabtu lalu dengan masing-masing lapan peserta terpilih ke final Ratu Satok Fest Glam dan Ratu Mensia. 
Abang Johari yang juga Menteri Perumahan bagaimanapun enggan mengulas lanjut isu berkenaan, sebaliknya menyerahkan isu pembabitan peserta Islam dalam pertandingan ratu cantik kepada pakar agama serta pihak berkuasa agama Islam yang arif mengenainya. 

Baru-baru ini, lima peserta Islam Ratu Cantik Borneo 2011 ingkar ‘nasihat’ yang diberikan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) yang meminta mereka menarik diri daripada menyertai pertandingan itu. 

Sebaliknya, lima peserta berusia 21 hingga 23 tahun itu tetap menyertai malam kemuncak MBB di sebuah hotel terkemuka di sini, pada 18 November lalu. 

Mengenai Pesta Satok, Abang Johari berkata, ini kali kelima ia diadakan bertujuan mempromosi bandar raya Kuching yang menjadi pintu masuk utama pelancong ke Sarawak. 

Katanya, pesta yang akan berlangsung 1 hingga 4 Disember depan bertujuan melonjakkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang ada hubung kait dengan sektor pelancongan, selain memberi peluang kepada pengusaha tempatan dan generasi muda memanfaatkan potensi pelancongan di Sarawak. 


tqbh
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger